Anuar Zain beri hadiah 1000 ‘teddy bear’

Anuar Zain beri hadiah 1000 ‘teddy bear’

Demi menghargai peminat, penyanyi Anuar Zain sanggup mengeluarkan bajet besar mengagihkan lebih 1,000 anak patung beruang untuk mereka yang hadir ke Konsert AZ40 Exclusive Up Close & Personal di Jio Space, baru-baru ini.

Anuar atau nama lengkapnya, Shahrul Anuar Zain, 53, memberitahu selain sebagai cenderahati, tujuannya memberikan anak patung beruang itu adalah simbolik kasih sayang buat mereka.



“Idea memberikan anak patung beruang ini datang daripada pengurusan Anuar Zain Network.

“Terdetik dalam fikiran kenapa tidak kita hadiahkan peminat dengan memberikan patung beruang kepada mereka?

“Terdapat tiga saiz anak patung beruang diberikan iaitu kecil (800), sederhana (250) dan dua anak patung beruang bersaiz gergasi untuk peminat bertuah.

“Malah, saya turut hadiahkan pada pasukan produksi yang menjayakan konsert saya,” katanya pada BH Online.



Berkongsi signifikan anak patung beruang pada dirinya, penyanyi bervokal mantap itu menyifatkan patung itu sangat comel dan empuk untuk dipeluk.

“Anak patung beruang ini membawa simbolik kasih sayang. Sifatnya yang lembut boleh menenangkan apabila dipegang atau dipeluk.

“Saya sendiri amat menyukai anak patung beruang,” jelas Anuar.

Pada konsert itu, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu tampil santai mengenakan celana denim, kemeja T dan jaket serta rantai sebagai aksesori.



Mengulas imejnya yang disifatkan sebagai agak asing buat dirinya, Anuar berkata, dia sekadar ingin memberi elemen keimanan.

“Memang sebelum ini saya sering tampil memakai sut ketika buat persembahan. Bila pakai sut, pergerakan memang terbatas kerana saya kena lebih menjaga.

“Justeru ketika perangai konsert ini dibuat, saya memang ada beritahu pengurusan yang saya ingin tampil lebih santai.

“Dengan imej begini, saya rasa lebih selesa dan bebas untuk beramah mesra dengan peminat yang hadir,” ujarnya pada sidang media selepas konsert tamat.



Menerusi konsert berdurasi hampir tiga jam itu, Anuar menghiburkan kira-kira 1,000 peminat dengan himpunan 20 lagu popularnya. Antaranya, Ketulusan Hati, Ajari Aku, Keabadian Cinta, Cinta Harus Memiliki, Sedetik Lebih, Sesucinya Cintamu, Lelaki Ini dan Andainya Takdir.

Anuar turut menyanyikan secara spontan lagu Kain Pelikat dan Suasana Hari Raya tanpa iringan muzik. BH

Anuar Zain beri hadiah 1000 ‘teddy bear’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal

Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks



Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker