Madonna tergolek atas pentas ketika persembahan (Video)

Madonna tergolek atas pentas ketika persembahan

Tular di media sosial, video memaparkan penyanyi Pop legenda dunia, Madonna terjatuh dari kerusi ketika sedang diheret oleh penarinya, kelmarin.

Insiden itu berlaku ketika sedang mempersembahkan lagu hitnya, Open Your Heart di Seattle sempena siri jelajah, Celebration Tour.



Persembahan diinspirasikan daripada video muzik yang yang popular pada 1986 itu, namun, insiden berlaku selepas penari lelaki berkasut tumit tinggi itu terpelecok dan kedua-dua mereka jatuh tersembam di lantai pentas.

Madonna bagaimanapun, mengawal keadaan dengan sangat profesional dan terus melantunkan bait-bait lirik dalam lagu itu tanpa sebarang masalah sementara penarinya terus mengalihkan kerusi itu.

Rata-rata, netizen memberikan pelbagai reaksi bercampur baur atas kejadian itu.

“Itu sebabnya dia digelar Ratu!” tulis satu netizen di X.



“Mungkin lelaki tak patut pakai kasut tumit tinggi,” tulis satu netizen di Instagram.

“Nenek perlu bersara,” tulis satu lagi netizen.

Dalam komen lain, ramai juga netizen yang melihat nyanyiannya tidak terjejas kerana dia hanya ‘miming’ atau bergerak suara ketika mempersembahkan lagu itu. BH

Madonna tergolek atas pentas ketika persembahan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi



Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam



Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker