Lim Sian See sahut cabaran Rafizi
Lim Sian See sahut cabaran Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See menerima jemputan untuk muncul tetamu audio siar ‘Yang Bakar Menteri’ (YBM) selepas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mahu mendedahkan wajah sebenarnya yang selama ini mempertahankan 1MDB.
Terdahulu, Lim berkongsi hantaran Rafizi berhubung jemputan yang turut dituju kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi dan bekas ketua penerangan Umno, Isham Jalil bagi mendengar idea membantu negara dari sudut ekonomi.
“Tapi, saya minta sesi berasingan dari yang dua sahabat lain supaya boleh ‘one vs one’ (eksklusif) dengan YB sebab banyak benda untuk bertanya.
“Bulan Mac katanya sebab dia perlu tempoh dua minggu sembuh selepas dia menjalani pembedahan tulang belakang,” kata Lim dalam catatan di Facebook.
Menerusi hantaran Facebook, Rafizi berkata sepatutnya audio siar kelolaannya akan bersiaran malam ini, bagaimanapun terpaksa ditunda selama dua minggu kerana terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang.
“Insya-Allah saya akan kembali semula ke pejabat dalam bulan Mac 2024 dan YBM akan ke udara semula,” katanya. FMT
Lim Sian See sahut cabaran Rafizi
Baca Artikel Menarik:
- Fatiya Latiff provok Zahirah MacWilson lagi?
- Aniq Suhair ‘diselamatkan’ Ustaz Iqbal
- Arish Mikael klon Sudirman
- Perenang Israel kena ‘boo’
- Mohon maaf segera – Cikgu Zack Kirana
- Suhaili sekolahkan Razali
- Berdamailah Ali Puteh, Hidayah
- Stacy juara The Masked Singer Malaysia 4
- Enam MP BERSATU terlepas dipecat kalau tarik balik sokongan
- Broker cuba pujuk saya sokong PMX – MP Rompin
- Jangan tipu rakyat dengan beras Madani – Akmal
- Wanita ditarik rambut dan kepala dibenam di dalam kolam oleh teman lelaki
- ‘Hairan bagaimana nama saya tersenarai dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas FBI’
- Lelaki ‘melekat’ pada cermin kereta bekas isteri (Video)
- Telekung Suqainah Lite tiru Telekung Siti Khadijah – Mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi
Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam