Gandingan Prabowo-Gibran diyakini menang PEMILU 2024
Gibran Rakabuming Raka juga merupakan anak kepada Jokowi.
Gandingan Prabowo-Gibran diyakini menang PEMILU 2024
JAKARTA: Calon presiden Indonesia, Prabowo Subianto, dan pasangannya, Gibran Rakabuming Raka, mendahului pesaing mereka dalam pilihan raya 14 Februari, menurut pengiraan tidak rasmi.
Beliau, yang juga Menteri Pertahanan, dijangka dilantik sebagai presiden baharu negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu dan berkemungkinan tidak perlu berdepan undian kedua dengan pesaingnya yang masih belum menyerah kalah.
Bekas komander itu ‘mengisytiharkan’ kemenangannya petang semalam selepas pengiraan awal menunjukkan beliau mendahului pesaing lain, dalam percubaan kali ketiganya.
Bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan, dan ahli politik kanan, Muhaimin Iskandar, pula memperoleh 24.50 peratus undi, menurut The Straits Times.
Sementara itu, bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo, serta mantan menteri undang-undang dan keselamatan, Mahfud MD, peroleh 16.34 peratus undi.
Seawal jam 8 malam waktu Malaysia pada 14 Februari lalu, agensi pengundian Poltracking Indonesia memberikan pasangan Prabowo-Gibran 59.17 peratus undi, berdasarkan 75 peratus undi yang dikira.
Institut Penyelidikan Kajian Indonesia (LSI) menyatakan pasukan Prabowo-Gibran meraih 56.99 peratus undi, berdasarkan 60 peratus undi contoh yang dikira.
Sementara itu, Indikator Politik Indonesia juga meletakkan pasangan Prabowo-Gibran di hadapan saingan, dengan 58.03 peratus undi, berdasarkan 60 peratus undi contoh yang dikira.
Kiraan rasmi yang lebih perlahan oleh suruhanjaya pilihan raya pula menunjukkan Prabowo, 72, berkedudukan kukuh untuk jawatan presiden pada kadar 55.97 peratus dengan 39 peratus undi dikira, lebih dua kali ganda berbanding saingan terdekatnya.
“Kemenangan ini sepatutnya menjadi kemenangan untuk semua rakyat Indonesia, saya akan kumpulkan kerajaan terdiri daripada pemimpin lelaki dan perempuan terbaik Indonesia,” katanya kepada orang ramai, di Jakarta petang semalam.
Penyokongnya bersorak di luar kediamannya di Jakarta selepas tinjauan awal menunjukkan pemimpin itu memperoleh kemenangan.
‘Kiraan pantas’ kumpulan pengundian yang diluluskan kerajaan turut digunakan untuk menuntut kemenangan dalam pilihan raya sebelumnya.
Perlembagaan Indonesia menetapkan, calon presiden memerlukan majoriti mudah atau lebih daripada 50 peratus undi untuk menang. Mereka juga perlu memperoleh sekurang-kurangnya 20 peratus undi di separuh (19) daripada 38 wilayah Indonesia.
Jika itu tidak berlaku, dua pasangan calon teratas akan memasuki undian pusingan kedua pada Jun, dengan pasangan di tempat ketiga tersingkir.
Prabowo kalah dalam dua pilihan raya presiden sebelum ini kepada pemimpin popular, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).
Namun, beliau kini muncul di puncak untuk menggantikan bekas pesaingnya yang menurut pemerhati, menyokong kempen Prabowo secara tidak adil.
Seorang lagi calon, Anies Baswedan, yang sebelum ini menjadi pilihan untuk bertarung dengan Prabowo sekiranya berlaku undian kedua, berkata beliau menghormati keputusan itu hanya apabila ia dimuktamadkan.
“Kita perlu menghormati keputusan rakyat,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat kempennya selepas pesaingnya itu mendakwa meraih kemenangan.
Jurucakap Ganjar Pranowo, seorang lagi calon presiden, memberitahu pemberita pasukannya mendapati berlaku penipuan pilihan raya ‘secara tersusun, sistematik dan besar-besaran’, tanpa memberikan bukti.
Namun, penganalisis berkata, kemenangan Prabowo hampir terjamin.
Sekitar 205 juta rakyat Indonesia membuang undi mulai pagi 14 Februari untuk memilih bukan sahaja presiden dan naib presiden, tetapi juga wakil Parlimen dan penguasa tempatan.
Ribuan calon ahli parlimen berusaha untuk mengisi 580 kerusi di Parlimen negara yang dikenali sebagai Dewan Rakyat, dan sekitar 20,000 kerusi pada peringkat wilayah.
Di bawah undang-undang pilihan raya Indonesia, proses pengiraan undi mungkin mengambil masa sehingga 35 hari untuk diselesaikan memandangkan bilangan pengundi yang besar jumlahnya serta wilayah yang luas.
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum berkata keputusan rasmi dijangka dikeluarkan selewat-lewatnya pada 20 Mac. Namun, keputusan rasmi dijangka tidak banyak berbeza dengan pengiraan pantas. AGENSI
Baca Artikel Menarik:
- Ali Puteh terpalit dengan tuduhan makan duit anak yatim
- DAP makin berani tapi UMNO bukan tunggul kayu – Shaiful
- Rakyat meluat dengar formula, alasan Rafizi
- 15 tahun hidup tanpa suami
- Pendakwa raya ICC sangat bimbang pengeboman Rafah
- Pemuda Umno tawarkan Nga pembelajaran sejarah Tanah Melayu
- Kem dalam Bersatu kerana tak yakin dengan Muhyiddin
- Seth Uwais mula berubah sikap selepas bersekolah, Shila Amzah stres
- ‘Main lidah’ selepas kekasih menang Super Bowl, Taylor Swift dikecam peminat [VIDEO]
- Kasih seorang cucu, lelaki bonceng datuk sampai dalam wad kecemasan
- Lelaki warga Singapura pecahkan cermin kereta akhirnya dicekup
- Noor Nabila kata bila-bila masa Sharnaaz boleh ambil Jebat
- Serangan besar-besaran Zionis di Rafah, Malaysia kecam Israel sekerasnya
- Barisan EXCO akan dirombak, diumum minggu depan – MB
- Pembangkang mahu kerajaan iktiraf ‘kabinet bayangan’, tuntut elaun bulanan RM5000
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua
Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap
You must be logged in to post a comment.