Saya tak bagi alasan pun – Pandalela

Wartawan tanya, saya jawab - Pandelela

Saya tak bagi alasan pun – Pandalela

Datuk Pandelela Rinong akan bertemu dengan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) bagi menjelaskan dakwaannya berhubung kemelut dalaman yang timbul hingga menjejaskan prestasi penerjun negara di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar baru-baru ini.

Penerjun berusia 30 tahun itu yang gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024, berkata apa yang disuarakannya itu belum diperjelaskan secara terperinci kerana dia mahu pihak yang berkaitan mengetahuinya terlebih dahulu.



“Saya sangat kecewa kerana saya tidak memberi alasan pun atas kekalahan kali ini tetapi dah media tanya, saya terpaksa jawab namun tidak beri penjelasan secara terperinci.

“Saya katakan ada sesuatu berlaku kepada pasukan yang memberi kesan besar kepada kami penerjun senior dan junior dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Saya belum memberi penjelasan terperinci lagi kerana mahu pihak yang berkaitan mengetahuinya terlebih dahulu.

“Saya belum lagi berjumpa persatuan untuk berbincang tentang masalah yang dihadapi dan saya sangat sedih artikel ini dikeluarkan dahulu,” katanya menerusi hantaran di Instastory miliknya, hari ini.



Hantaran Pandelela itu dipercayai merujuk kepada laporan mengenai kenyataan Setiausaha Agung MAS, Andy Low yang menyifatkan penerjun negara itu hanya memberi alasan bagi menutup kegagalannya di Doha kerana pihaknya tidak pernah dimaklumkan mengenai kemelut yang melanda sebelum kejohanan berlangsung.

Andy berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan Pandelela sebelum itu yang mendedahkan ada kemelut dalaman yang berlaku dalam kem terjun negara sekali gus menjadi punca terhadap prestasi hambar penerjun negara di Doha. BH

Saya tak bagi alasan pun – Pandalela

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua



Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker