Mahathir dimasukkan ke IJN

Mahathir dimasukkan ke IJN

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dimasukkan ke Instititut Jantung Negara (IJN) di sini, untuk rawatan jangkitan yang dihidapinya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan jurucakap beliau hari ini, bekas Ahli Parlimen Langkawi berusia 98 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu.



“Tun (Dr Mahathir) sedang menerima rawatan untuk jangkitan di IJN, disusuli dengan tempoh berehat untuk pemulihan yang optimum,” kata jurucakap itu menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Terdahulu hari ini, pendengaran kes saman Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dakwaan kenyataan fitnah mengenai isu “kutty” yang ditetapkan pada hari ini ditangguh kepada 19 Julai depan.

Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong membenarkan penangguhan itu selepas dipohon oleh peguam Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi yang menyatakan anak guam beliau sedang dirawat di IJN.

IJN juga menghantar satu surat kepada mahkamah menyatakan bekas perdana menteri itu tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini atas sebab kesihatan. BH



Mahathir dimasukkan ke IJN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker