SPRM akan panggil 4 MP Bersatu sokong PM

SPRM akan panggil 4 MP Bersatu sokong PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki, berkata ia bagi menyiasat dakwaan wujudnya unsur rasuah untuk beralih sokongan.



“Buat masa ini kita tunggu laporan (daripada polis)…siasatan terbuka akan dijalankan dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Persidangan Antirasuah Sedunia (WACC) 2023.

Beliau berkata, laporan polis terhadap keempat-empat Ahli Parlimen berkenaan dibuat pada Isnin lalu dan polis merujuk kepada SPRM untuk siasatan lanjut kerana laporan itu lebih tertumpu kepada elemen rasuah.

Pada Selasa lalu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata polis dan SPRM bersedia menjalankan siasatan secara profesional terhadap laporan kononnya terdapat unsur umpan, habuan, dan ugutan berkaitan sokongan beberapa Ahli Parlimen PN terhadap perdana menteri.

Sebelum ini, empat Ahli Parlimen PN daripada Bersatu iaitu Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli) menyatakan pendirian menyokong Anwar menyebabkan timbul dakwaan sokongan itu ada unsur rasuah.



Sementara itu, Azam berkata SPRM akan mendedahkan laporan interim berhubung siasatan terhadap Aman Palestin Bhd yang didakwa wujud ketidakaturan dalam aktiviti pengumpulan derma oleh NGO itu untuk rakyat Palestin.

“Beri tempoh masa pada SPRM siasat dan minggu depan laporan interim akan dikeluarkan kerana ia penting untuk orang ramai tahu,” katanya dan menambah setakat ini tujuh saksi dipanggil memberi keterangan dan pegawai forensik SPRM juga sedang meneliti dokumen-dokumen yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.

Mengenai laporan polis dibuat ekoran tohmahan terhadap SPRM yang mendakwa agensi itu dikawal oleh kerajaan, Azam berkata ia adalah tohmahan liar dan tidak berasas.

“Kes Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar) masih dalam peringkat rayuan dan mana-mana pihak tidak boleh pertikai. Ada ketika SPRM kalah pendakwaan di mahkamah tetapi tak ada pula pihak katakan sesiapa mempengaruhi mahkamah,” katanya.



Semalam, SPRM membuat laporan polis berhubung hantaran dalam aplikasi TikTok yang didakwa mengandungi tuduhan palsu semasa pelancaran jentera PRK Parlimen Kemaman, pada 10 Nov.

Hantaran dimuat naik seorang pemilik akaun media sosial itu memaparkan seorang pemimpin parti politik mengeluarkan beberapa tuduhan palsu dalam ceramah beliau antaranya jentera kerajaan, SPRM, dan hakim-hakim dikawal kerajaan selain mempertikai keputusan Hakim Mahkamah Tinggi berhubung sabitan pertuduhan ke atas Syed Saddiq. FMT

SPRM akan panggil 4 MP Bersatu sokong PM

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker