Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Gambar menunjukkan tiga keping hirisan dada ayam yang diterima Shuhui. – Stomp

Seorang wanita terkejut apabila menemui cuma tiga keping hirisan dada ayam di dalam hidangan nasi ayam yang dibelinya di Pusat & Pasar Penjaja Fernvale, Singapura.

Laman berita Stomp melaporkan, wanita dikenali sebagai Shuhui itu mengunjungi gerai Tong Fong Fatt Hainanese Boneless Chicken Rice pada 28 Januari lalu.

Dia kemudian memesan sebungkus nasi ayam berharga SGD$4 (RM14).

“Saya berada di gerai dan menyedari bahawa pakcik di kaunter tidak memakai pelitup muka dan sentiasa batuk ke arah makanan pelanggan.

“Sebelum tiba giliran saya untuk memesan, saya melihat dia mengeluarkan perkataan kesat kepada seorang lagi warga emas.

“Saya memesan paha ayam dan membayar SGD$4. Apabila saya sampai di rumah, saya mendapati hanya diberi tiga keping hirisan dada ayam.

“Saya kembali ke gerai untuk berunding dengan pakcik itu, tetapi dia menjerit dan mencabar saya untuk melaporkan kepada polis,” jelas Shuhui. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker