Undang-undang syariah bercanggah Perlembagaan, Terengganu tidak akan ikut jejak Kelantan

Kerajaan negeri Terengganu sedia meneliti keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan jenayah syariah Kelantan yang bercanggah dengan undang-undang persekutuan.

Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini berkata penelitian itu akan merangkumi semua aspek keputusan mahkamah berhubung Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (1) 2019.

“Langkah tersebut diambil bagi memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Terengganu tidak bercanggah dengan peringkat Persekutuan.



“Selain itu, kerajaan negeri turut akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat pihak yang ingin mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah,” katanya kepada pemberita, seperti dilapor Sinar Harian.

Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman untuk mencabar 16 peruntukan penggubalan kesalahan jenayah di Kelantan.

Hakim Besar Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan bahawa dewan undangan negeri (DUN) Kelantan telah melangkau bidang kuasa negeri yang terkandung dalam Senarai Negeri (Senarai II) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, keputusan mahkamah itu dianggap memberi kesan negatif terhadap sistem perundangan syariah di negara ini.



Katanya, ia bukan sahaja menjejaskan Kelantan malah semua negeri.

Semasa menyampaikan penghakiman, Tengku Maimun mengingatkan bahawa petisyen yang dicabar Nik Elin dan Tengku Yasmin itu bukanlah kedudukan Islam dan sistem kehakiman syariah di Malaysia, sebaliknya kesahihan perlembagaan 18 peruntukan khusus negeri.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan pembatalan 16 daripada 18 yang dimohon, dalam keputusan majoriti 8-1.

Pada hari yang sama, ketua pembangkang Hamzah Zainudin menyeru semua pihak berkepentingan membincangkan pindaan perlembagaan bagi memperkasakan sistem perundangan syariah.



Dia berkata ini amat diperlukan bagi menegakkan hak menganut dan mengamalkan Islam yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan bagi majoriti rakyat Malaysia iaitu orang Melayu.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam menegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan itu hanya kerana enakmen berkenaan melangkaui bidang kuasa yang diberikan kepada DUN.

Perbuatan yang bertentangan dengan hukum Islam masih menjadi suatu kesalahan di bawah hukum syarak.

Malah, kata JKSM, keputusan itu boleh disifatkan sebagai pengukuhan terhadap perundangan Islam di Malaysia.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker