Tindakan pemimpin GRS keluar Bersatu adalah satu karma buat Muhyiddin

Tindakan pemimpin-pemimpin GRS keluar Bersatu adalah satu karma

Tindakan pemimpin-pemimpin Gabungan Rakyat Sabah meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kelmarin adalah satu karma.

Pastinya, tindakan pemimpin-pemimpin GRS itu meninggalkan kesan kepada Bersatu.



Disebabkan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu mengecam pemimpin-pemimpin GRS tidak setia.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula mendakwa mereka tak kenang budi Muhyiddin dan parti itu.

Tapi, menurut pentadbir akaun Facebook Najib Razak menyifatkan tindakan pemimpin-pemimpin GRS itu sebagai karma.

Katanya, Muhyiddin dan Wan Ahmad Fayshal lupa bahawa pemimpin-pemimpin GRS ini sebenarnya wakil rakyat dari UMNO yang lompat keluar parti untuk tubuh Bersatu Sabah.



“Masa itu, Muhyiddin tak kecam pula mereka tidak setia pada parti. Ini karma,” katanya.

Jelasnya lagi, Muhyiddin tak akan jadi Perdana Menteri kelapan sekiranya UMNO tidak sokong dia pada awal tahun 2020.

“Tetapi apa yang dia rancang pula ialah “scheme of things” untuk sogok pemimpin-pemimpin parti dan sudah pun rancang untuk “makan” UMNO biarpun UMNO sokong dia ketika itu.

”Nak UMNO sokong kamu tapi nak hancurkan UMNO pada masa yang sama? ‘Masih ada hati Bersatu nak sembang “kenang budi?” soalnya.



Malah, sehingga hari ini, Muhyiddin tidak pernah memberi sebarang komen mengenai rakaman “scheme of things” itu. MG

Tindakan pemimpin-pemimpin GRS keluar Bersatu adalah satu karma


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal

Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah



Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker