Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru dan 2 premis lain terima ancaman bom

JOHOR BAHRU: Tiga premis kerajaan di kawasan Johor Bahru Selatan disahkan menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu yang sama, hari ini.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata e-mel yang diterima ketiga-tiga premis kerajaan itu dipercayai berpangkalan di luar negara.

Beliau berkata satu daripada tiga premis kerajaan yang menerima e-mel tersebut adalah Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum.



“Setakat ini di daerah Johor Bahru kami telah menerima tiga laporan polis daripada premis kerajaan yang mengatakan mereka menerima e-mel yang sama.

“Nampaknya pengirim e-mel tersebut tidak spesifik kepada satu-satu tempat sahaja, sebaliknya secara umum,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai pemeriksaan keselamatan di Menara MBJB.

Terdahulu, Raub dilaporkan berkata pihaknya melakukan pemeriksaan di kesemua 22 tingkat Menara MBJB dan tidak mengesan sebarang objek mencurigakan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker