Kes dera bayi tular di Semenyih, 2 pembantu taska dicekup polis

Dua pembantu taska disiasat dalam siasatan ke atas kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak autism di sebuah pusat penjagaan di Semenyih, Januari lalu.

Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima laporan pada 27 Jan daripada seorang wanita yang mendakwa terdapat kesan lebam pada dahi bayi perempuannya berusia 11 bulan, yang tidak pasti puncanya.

“Hasil semakan rakaman CCTV di taska mendapati mangsa telah terjatuh dari kerusi bayi,” katanya dalam kenyataan.



“Mangsa juga dihantar ke Hospital Kajang, Selangor untuk pemeriksaan fizikal dan disahkan mengalami kecederaan ‘soft tissue injury over frontal’.”

Bayi itu dihantar ke pusat asuhan berkenaan sejak Ogos tahun lalu.

Zaid berkata ibu mangsa menerima mesej dari individu tidak dikenali selepas kejadian, yang menghantar beberapa video memaparkan perbuatan disyaki penderaan dan pengabaian terhadap mangsa oleh pengasuh di taska tersebut.

Dua hari selepas laporan dibuat, polis membuat tangkapan ke atas dua wanita masing-masing berusia 22 tahun, yang juga pengasuh di taska terbabit.



“Kedua-dua suspek diberi jamin setelah keterangan diambil dan siasatan dijalankan,” katanya.

Polis sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

Pada 8 Feb, tular satu catatan di Facebook yang memaparkan beberapa video penderaan dan pengabaian kanak-kanak autism di sebuah taska, menurut polis.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker