Pembatalan enakmen jenayah syariah, Hamzah mahu mengadap Agong

Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin akan memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peraturan enakmen  jenayah syariah Kelantan.

Hamzah berkata, dia juga akan memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

“Kami menyeru kepada semua pihak berkepentingan untuk duduk semeja tanpa dibatasi sempadan politik bagi menjayakan hasrat ini.



“Saya selaku ketua pembangkang akan memohon menghadap untuk menyerahkan memorandum khas kepada kebawah duli yang maha mulia seri paduka baginda Yang di-Pertuan Agong dan duli yang maha mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi MKI dalam masa terdekat bagi menyembah maklum suara hati rakyat serta langkah-langkah penyesuaian kepada pemerkasaan yang perlu dilunaskan,” katanya.

Pagi tadi Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap permohonan dua individu dari Kelantan yang mencabar keabsahan 18 peruntukan enakmen jenayah syariah negeri terbabit.

Daripada 18 peruntukan yang dipertikaikan, hakim menerima 16 daripadanya dengan keputusan 8-1.

Panel sembilan hakim itu itu dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.



Dalam kenyataan hari ini, Hamzah berkata, keputusan petisyen Nik Elin Zurina, yang tidak berpihak kepada badan perundangan Kelantan menyentuh perasaan seluruh umat Islam.

Apatah lagi, katanya, Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Perkembangan ini memperlihatkan adanya kelompongan serius dalam kuasa serta bidang kuasa berkaitan dengan hak menganut dan mengamal majoriti rakyat Malaysia.

“Kesan daripada keputusan ini akan menggugat enakmen jenayah syariah di seluruh negeri-negeri dalam negara kita yang tercinta ini.



“Ia akan mendedahkan enakmen negeri-negeri ini kepada risiko pembatalan.

“Jika dilihat dari mata kasar, keputusan ini boleh mendatangkan impak besar dalam menghakis kuasa serta bidang kuasa raja-raja Melayu,” katanya lagi.

Katanya, raja-raja Melayu termasuk Agong semasa mengangkat sumpah jawatan mengikut Perkara 37 (1) bersumpah untuk memelihara agama Islam pada setiap masa.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat hari ini sekali lagi mengingatkan bahawa pembuat petisyen tidak mencabar kedudukan Islam dan sistem kehakiman syariah.



Sebaliknya, katanya, ia berkaitan keabsahan peruntukan enakmen jenayah syariah Kelantan di sisi perlembagaan kerana melanggar had kuasa negeri.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol



Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker