Keputusan Mahkamah Persekutuan tidak jejaskan ‘Iman Umat Islam’

Iman dan kepercayaan umat Islam di Malaysia tidak terjejas dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membatalkan 16 daripada 18 peruntukan jenayah Syariah Kelantan, kata Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid Ali.

Rafique, yang menggesa agar semua pihak melihat isu berkenaan secara waras dan objektif, berkata umat Islam di Malaysia juga tidak dihalang daripada mengamalkan kepercayaan mereka.

“Sebagai rakyat dan bangsa Melayu beragama Islam yang matang, langkah terbaik adalah melihat secara menyeluruh kepada alasan-alasan penghakiman ini untuk akhirnya mendapati bahawa isu yang paling penting sebenarnya adalah untuk meminda Perlembagaan Persekutuan agar dapat dijelaskan sejernihnya undang-undang jenayah sivil dan Islam supaya masing-masing ada tempatnya di Malaysia,” kata peguam itu dalam catatan Facebook.



Dalam ringkasan penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata cabaran mengenai keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan jenayah syariah Kelantan tidak ada kaitan dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah, dan ia tidak akan terjejas oleh keputusan hari ini.

Mahkamah Persekutuan pagi ini membenarkan petisyen peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anak perempuannya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman untuk membatalkan 16 daripada 18 peruntukan itu.

Rafique, yang mengulangi pendirian Tengku Maimun bahawa penghakiman itu tidak ada kaitan dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah, menggesa sistem kehakiman sivil dan syariah diperkukuhkan kerana umat Islam terikat dengan kedua-dua undang-undang berkenaan.

“Di sini Pejuang menjunjung kasih dan dengan rendah dirinya menyokong titah Baginda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan pendapat Baginda agar semua Negeri menganggotai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI),” katanya.



Pada masa yang sama, Rafique berkata Pejuang juga menggesa penglibatan yang lebih besar daripada semua pihak berkepentingan untuk sesi penglibatan yang bertujuan untuk memastikan MKI mencapai matlamatnya, untuk membincangkan perkara yang menarik minat umat Islam di Malaysia.

Selanjutnya, dia berkata semua ahli parlimen beragama Islam harus mengetepikan perbezaan parti dan bersatu untuk meminda perlembagaan persekutuan, ke arah menghalang cabaran undang-undang yang sama dikenakan terhadap peruntukan jenayah syariah di negeri lain.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol



Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker