Muhyiddin tetap sebagai calon PM dari Bersatu dan PN – Hamzah

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin mempersoalkan dakwaan pihak luar yang menamakan pemimpin lain sebagai calon perdana menteri bagi Perikatan Nasional (PN) selain daripada pengerusinya, Muhyiddin Yassin.

Dia menjawab soalan mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa PN mempunyai calon lain sebagai perdana menteri seperti Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan juga termasuk dirinya.

Hamzah turut menafikan wujudnya situasi ‘tidak gembira’ dalam kalangan ahli parti dalam gabungan itu berhubung isu calon perdana menteri pembangkang.

Dia menegaskan tidak adil untuk mengatakan Muhyiddin tidak layak sebagai calon kerana ahli parlimen Pagoh itu meletak jawatan sebagai perdana menteri setelah ahli parlimen BN menarik sokongan.

“Adakah adil nak kata dia letak jawatan? Tidak. Dia masih ada peluang.

“Muhyiddin adalah presiden (Bersatu) saya, apa masalahnya jika nak promosi dia sebagai Perdana Menteri, saya rasa tidak ada salah untuk meletak dia sebagai calon perdana menteri.

“Kenapa tiba-tiba kita nak kata ada calon lain sedangkan dia pengerusi PN,” kata Hamzah pada sidang media selepas mesyuarat bersama ketua-ketua jawatankuasa portfolio Dewan Rakyat PN di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah ahli parlimen Larut itu, PN akan mengumumkan calon perdana menteri mereka sekiranya gabungan itu berjaya menawan Putrajaya.

Nafi jumpa kerajaan

Dalam pada itu, Hamzah turut menafikan perjumpaan antara pihaknya bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk berunding mengenai jawatan dalam kerajaan.

Malah, dia bertegas mengatakan tidak pernah bertemu Anwar setelah presiden PKR itu memegang jawatan perdana menteri pada Nov lalu.

Dia turut menafikan dakwaan bahawa ada pemimpin Bersatu lain yang berjumpa Anwar bagi tujuan sama.

“Itu fitnah. Saya tak pernah berjumpa Anwar sejak dia menjadi perdana menteri, kalau terjumpa di Parlimen itu adalah.

“Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), pemimpin yang dikatakan terlibat bersumpah tak ada berjumpa Anwar,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Hamzah mengesahkan parti Bersatu telah melantik peguam bagi tindakan saman terhadap enam ahli parlimennya yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab

Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker