Presiden Majlis Peguam kena belajar balik undang-undang – Shafee

Presiden Majlis Peguam kena belajar balik undang-undang – Shafee

Peguam Najib Razak Shafee Abdullah membidas Presiden Majlis Peguam Karen Cheah berkait pandangannya bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya boleh mengurniakan pengampunan atas nasihat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Shafee menegaskan kuasa pengurniaan pengampunan merupakan hak baginda dan Seri Paduka mempunyai budi bicara mutlak.



“(Cheah) berkata, tidak, (Agong) mesti mendengar semua keempat-empat (ahli tidak tetap Lembaga Pengampunan).

“Beliau sepatutnya kembali belajar undang-undang kerana tidak memahami undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang media, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan terdahulu, Cheah menyatakan kekecewaan mendalam terhadap keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman Najib, sambil mempersoal sama ada keputusan ihsan itu merompak keadilan di negara ini.

Katanya, menjadi pendirian Majlis Peguam bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, tindakan pengampunan yang diberikan kepada Agong mesti dilakukan berdasarkan nasihat, dan Agong perlu menerima nasihat diberikan.



Cheah berkata, faktanya, Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berkait pengurangan hukuman lebih menggambarkan peranan Eksekutif dalam perkara tersebut. FMT

Presiden Majlis Peguam kena belajar balik undang-undang – Shafee

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Skandal Spanco, siapa terbabit?

Cikgu Fadli bersara kerana tak mahu jadi tetamu biadab



Memang kami lepak dengan Hot Daddy

Saharul Ridzwan jual rumah pula



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker