Rempuh palang tol, sekatan polis sebelum ditahan selepas dikejar 100 kilometer

Rempuh palang tol, sekatan polis sebelum ditahan selepas dikejar 100 kilometer

DUNGUN: Polis terpaksa mengejar sebuah lori sejauh kira-kira 100 kilometer, sebelum berjaya memintas kenderaan itu dan menahan seorang lelaki di Jambatan Sungai Dungun dekat Pulau Serai, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata dalam kejadian itu dua lagi rakan suspek termasuk pemandu lori terbabit berjaya melarikan diri.



Beliau berkata, sebelum kejadian, sepasukan anggota Unit Peronda Polis terserempak sebuah lori dinaiki tiga suspek dalam keadaan mencurigakan di Kampung Santong Paka sebelum diarah berhenti untuk pemeriksaan.

“Bagaimana pun, pemandu lori bertindak memecut memasuki Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) melalui Plaza Tol Paka.

“Pemandu lori itu merempuh palang penghadang tol di situ sebelum memecut kenderaannya ke arah Kuala Terengganu. Lori itu kemudiannya keluar melalui plaza Tol Ajil Hulu Terengganu sebelum berpatah semula ke Kuantan dengan menggunakan Jalan Jerangau-Jabur,” katanya.

Maizura berkata, lori terbabit kemudiannya merempuh sekatan jalan raya yang dilakukan polis di kawasan Jerangau sebelum menuju ke Bandar Dungun.



“Bagaimanapun anggota kami berjaya menahan lori terbabit kira-kira jam 6.55 pagi, sebelum berjaya memberkas seorang daripada suspek terbabit. Polis sedang mengesan dua lagi rakan suspek yang meloloskan diri,” katanya.

Maizura berkata, pemeriksaan yang dijalankan polis menemui kabel milik Syarikat Telekom Malaysia sepanjang 44.2 meter dipercayai dicuri.

“Semakan mendapati suspek yang berasal dari Kuantan yang ditahan itu mempunyai sembilan rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut dan dua lagi suspek yang melarikan diri itu berusia dalam lingkungan 30 tahun dan kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu,” katanya. BH



Rempuh palang tol, sekatan polis sebelum ditahan selepas dikejar 100 kilometer

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker