Clare Rewcastle dihukum penjara 2 tahun kerana fitnah Sultanah Terengganu
The Sarawak Report memfitnah.
Clare Rewcastle dihukum penjara 2 tahun kerana fitnah Sultanah Terengganu
Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah memfitnah Sultanah Terengganu Nur Zahirah.
Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri membuat keputusan itu tanpa kehadiran tertuduh di Mahkamah Majistret Terengganu hari ini, lapor media.
Clare didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah Sultanah Nur Zahirah menerusi bukunya ‘The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose’.
Seksyen 500 memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mengikut kertas pertuduhan, fitnah berkenaan terkandung pada baris ketujuh, perenggan empat di muka surat ketiga buku itu.
“Di mana di dalamnya pada muka surat 3, perenggan 4, baris 7 mengandungi tohmahan seperti mana yang digariskan iaitu “the wife of the sultan,” terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah yang merupakan satu fitnah di mana kamu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tohmahan tersebut akan merosakkan nama baik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah,”
Pendakwaan dijalankan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Engku Ahmad Rashidi Engku Abdillah.
Pada 12 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Clare bersalah kerana memfitnah Sultanah Nur Zahirah menerusi buku berkenaan.
Mahkamah turut memerintahkan Brown dan dua yang lain membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Sultanah Terengganu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hadhariah Syed Ismail turut memerintahkan Clare dan dua yang lain membayar RM120,000 sebagai kos guaman kepada baginda. Mk
Clare Rewcastle dihukum penjara 2 tahun kerana fitnah Sultanah Terengganu
Baca Artikel Menarik:
- Tunggu 28 Februari, tengok berapa lagi wakil BERSATU sokong Anwar
- Tak perlu serang Zahid, masih ada ruang untuk pembebasan Najib
- Tol percuma sempena Tahun Baharu Cina
- Fatiya Latiff ambil dadah?
- Lelaki ditahan serang polis dalam kejadian kemalangan maut
- Kes pegawai polis bunuh pelajar disebut semula pada 21 Mac
- Anak hampir maut selepas minum ais berperisa
- Arab Saudi berminat jalin hubungan dengan Israel – Blinken
- Taib Mahmud di rumah, siasatan masih dijalankan – Polis
- Warga asing kacau pengurus wanita kena ‘henjut berjemaah’ [VIDEO]
- Sindiket pembayaran MyPay88 tumpas, Datuk Seri ditahan
- Muhyiddin mohon pasport ke Bangkok untuk pembukaan restoran
- Orang lain merisik, orang lain difitnah – Pegawai Hamzah
- Hanya bukan Islam saja boleh beli – Norreen Iman
- Bibik jaga Musa, dia pergi ‘dating’ – Noh Salleh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Skandal Spanco, siapa terbabit?