Sindiket pembayaran MyPay88 tumpas, Datuk Seri ditahan
Sindiket pembayaran MyPay88 tumpas, Datuk Seri ditahan
Sebuah sindiket gerbang pembayaran tumpas susulan penahanan 10 individu, termasuk dalang utama bergelar Datuk Seri, yang merupakan kejayaan pertama dan rampasan terbesar polis membabitkan sindiket sistem proses pertukaran kewangan.
Sindiket itu mencipta sistem proses pertukaran kewangan sebagai platform wang transaksi perjudian. Sistem terbabit akan mengendalikan aliran tunai keluar dan masuk daripada operator perjudian dalam talian.
Syarikat didalangi Datuk Seri itu melakukan transaksi berjumlah RM576 juta setahun hasil daripada perolehan.
Selain Datuk Seri itu, sembilan individu lain berusia 29 hingga 49 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang pada 28 hingga 31 Jan lalu kerana disyaki terbabit sindiket gerbang pembayaran berkenaan.
Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman, Mohammed Hasbullah Ali, berkata suspek itu terdiri pembangun perisian, pemilik syarikat, pengendali, akauntan dan kerani.
“Berdasarkan risikan, sindiket ini mula beroperasi sekitar pertengahan 2022 dan berselindung di sebalik sebuah syarikat yang membangunkan platform gerbang pembayaran MyPay88.
“Gerbang pembayaran ini digunakan pemain judi dalam talian bagi membuat pembayaran untuk memulakan pertaruhan di platform perjudian dalam talian,” katanya menurut Harian Metro dalam sidang media di Menara KPJ, Kuala Lumpur.
Polis turut mengesan 40 perjudian dalam talian menggunakan sistem itu sebagai platform pembayaran yang menerima komisen 2% bagi setiap transaksi, dengan akaun keldai disediakan dan dijana secara automatik.
“Setakat ini, masih ada transaksi dilakukan di gerbang pembayaran terbabit dan kita kesan ia berjumlah keseluruhan RM21 juta.”
Hasbullah berkata, sindiket itu menyalahgunakan kelompangan sistem pembayaran dalam talian untuk membantu aktiviti perjudian dalam talian dan jenayah lain.
Katanya, 10 kereta mewah dan wang tunai berjumlah RM325,000 turut dirampas, selain 42 akaun bank milik operator perjudian berjumlah RM18.29 juta dibekukan.
Menurutnya, semua suspek direman tiga hingga 11 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. FMT
Sindiket pembayaran MyPay88 tumpas, Datuk Seri ditahan
Baca Artikel Menarik:
- Maut selepas cabut gigi
- Jangan sampai kami cadangkan UMNO tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan
- Anwar cabar pembangkang bongkar salah laku kerajaan
- 5 anggota polis ditahan disyaki peras ugut pekerja kilang
- Latheefa dakwa Anwar salahkan Agong
- Saya tak lena tidur selagi tiada penjelasan polis
- Noh boleh cari saya – Essam
- Saya buat kerja gila – Azizulhasni
- Polis peronda dilanggar lari
- Tony Pua ‘menjawab’ kepada Bukit Aman ditemani Guan Eng
- Lantikan Syed Hussin ‘tamparan’ buat pembangkang
- UMNO berhak – Anwar
- Tony Pua sindir IGP
- Gerakan ‘ketua bahagian’ mahu gulingkan Zahid sebagai Presiden UMNO dinafikan
- Najib amat sedih dan kecewa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”
You must be logged in to post a comment.