Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Kakak selebriti terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.

Noor Nabila ketika dihubungi Harian Metro berkata, keputusan itu dibuat selepas Emran menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 2021.



“Kami dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat. Emran pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.

“Alhamdulillah, ketika dia beritahu hasratnya untuk bercerai, kami berbincang secara baik dan tenang serta menerima segala keputusan yang ditentukan dengan reda dan hati terbuka.

“Jodoh ajal maut adalah aturan Allah SWT, tiada siapa yang nak berkahwin untuk bercerai dan saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan,” katanya.

Noor Nabila enggan berkongsi masalah rumah tangga yang dihadapi kepada khalayak, sebaliknya, biarlah perkara itu diketahui antara mereka serta dijadikan pengajaran buat dirinya.



“Saya sudah buat yang terbaik sepanjang proses perkahwinan ini. Namun, sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada ujian dan dugaan rumah tangga.

“Sepatutnya, kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu.

“Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui,” katanya.

Terdahulu Harian Metro melaporkan rumah tangga pasangan itu didakwa sudah retak menanti belah.



Sumber rapat kepada pasangan itu berkata, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.

Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Engku Emran juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. BH



Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah



Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?



Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker