Selepas PAU hubungan baru antara UMNO-Bersatu mungkin boleh berubah – Ismail Sabri

ALOR SETAR: Hubungan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mungkin boleh berubah selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata, rundingan serta perbincangan mengenai perkara berkenaan tidak pernah tertutup, malah masih berterusan.

Bagaimanapun, katanya buat masa ini semua pihak berpegang kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO seperti yang diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Jelas Ismail, semua anggota MT serta ahli UMNO perlu menghormati keputusan itu seperti termaktub dalam Perlembagaan parti.

“Di PAU sebarang keputusan pun boleh dibuat juga kerana PAU adalah authority tertinggi di dalam parti… ia boleh reverse keputusan MT sekalipun… jadi kita tunggu… setakat hari ini, kekal seperti yang diputuskan… mungkin akan dibincangkan di dalam PAU isu tersebut,” katanya.

Presiden UMNO Beri Jaminan, Pemilihan UMNO Akan Diadakan Tahun Ini



Ismail berkata demikian selepas melawat veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Md Salleh Ahmad, di kediamannya di Jalan Masjid Seberang Pantai Johor, Alor Setar, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, dalam hubungan antara parti politik, perkara yang paling mencabar adalah di peringkat rundingan kerusi untuk pilihan raya.

Bagaimanapun Ismail berkata, kerjasama dalam aspek pentadbiran kerajaan ketika ini masih baik dengan pemimpin Bersatu, UMNO, Pas, MCA dan MIC yang berada dalam Perikatan Nasional (PN) masih duduk semeja berbincang.

Sebelum ini, Ahmad Zahid telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keputusan MT UMNO untuk tidak bekerjasama pada PRU15.



Surat bertarikh 26 Februari itu juga menyatakan kebersamaan UMNO dengan kerajaan PN boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Demokrasi UMNO: Zahid Alu – Alukan Cabaran Jawatan Presiden, Lagi Ramai Bertanding Lebih Baik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker