Kita solat hajat atas jambatan sebab dia terjun di sini

Kita solat hajat atas jambatan sebab dia terjun di sini

Ada sebab tertentu, kata Mohd Nassuruddin Daud, mengapa kerajaan Kelantan memilih jambatan sebagai lokasi mereka mengadakan solat hajat pada hari ini.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, kerajaan negeri berbuat demikian kerana di jambatan itulah yang menjadi tempat individu tertentu terjun untuk membunuh diri.



Tanpa menafikan ibadat itu memang boleh dilakukan di mana-mana, Mohd Nassuruddin berkata kerajaan negeri memilih untuk melaksanakan solat hajat tersebut di lokasi kejadian yang kerap berlaku insiden seumpama itu mutakhir ini.

“Orang terjun (dari) atas jambatan, bukan (dari) atas masjid. Kalau orang terjun (dari) atas masjid kita buat solat hajat atas masjid.

“Saya jawab begitu sajalah, sebab dia terjun di sini, kita solat hajat di sini.

“Solat hajat boleh di mana-mana, tapi kerana di sini tempat orang terjun kita buat di sinilah,” katanya kepada media selepas selesai menunaikan solat hajat bersama kira-kira 500 hadirin di Jambatan Tendong, Pasir Mas, hari ini.



Mohd Nassuruddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertikaian yang wujud di media-media sosial antara lain mempersoalkan mengapa program tersebut dilaksana di atas jambatan sehingga jalan laluan berkenaan terpaksa ditutup daripada orang awam untuk beberapa ketika.

Malah ada juga pihak yang menyatakan program seumpama itu sepatutnya dibuat di masjid kerana tidak menyusahkan masyarakat yang perlu menggunakan laluan tersebut.

Solat hajat berkenaan diimamkan oleh Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Wazir Che Awang.

Pertimbang cadangan bomba



Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohamed Fadzli Hassan dan barisan exco kerajaan negeri.

Mohd Nassuruddin dalam ucapannya memberi peringatan betapa perbuatan membunuh diri amat dilarang di sisi Islam kerana dianggap antara dosa besar.

Membunuh diri, tambahnya, juga bukan jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah.

“Ini jalannya – kita berdoa. Insya-Allah selepas ini kita akan putuskan apa yang payut kita buat.



“Kita akan pertimbangkan cadangan daripada pihak bomba untuk dipasang jaring atau pagar.

“Jadi kita akan bincangkan, kita mulakan dengan doa dulu,” katanya sambil mengingatkan setiap Muslim mesti menjalani hidup di atas dunia ini dengan landasan yang ditentukan Allah.

Terdahulu media melaporkan sebanyak 17 kes membabitkan kejadian terjun jambatan kerana cubaan membunuh diri direkodkan sejak 2021.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan melaporkan jambatan yang paling kerap dijadikan lokasi terjun adalah Jambatan Sultan Yahya Petra yang mencatatkan sembilan kes, diikuti Jambatan Tendong (tiga kes), Jambatan Salor (dua), manakala masing-masing satu kes di Jambatan Wakaf King, Jambatan Tok Bali dan Jambatan Pak Nik Lah.



Mengikut tahun pula, JBPM Kelantan mendapati pada 2021 ada tiga kes terjun jambatan, tujuh kes pada 2022 dan enam kes pada 2023. Mk

Kita solat hajat atas jambatan sebab dia terjun di sini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN

Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker