SPANCO hanya merugikan negara – Anwar

SPANCO hanya merugikan negara – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (SPANCO) hanya merugikan negara.

Perdana Menteri berkata, beliau tahu kontrak terbabit juga tidak menyenangkan penjawat awam yang menggunakan kemudahan berkenaan.

“Semua saudara terbabit dalam penggunaan kemudahan SPANCO (membekalkan kenderaan kerajaan) dan tindakan serta sikap saya keras terhadap SPANCO itu sejak saya jadi Menteri Kewangan dahulu.

“Saya tidak tahu di mana salahnya, tetapi saya tahu peraturan itu tidak betul, saya tahu ia merugikan negara, saya tahu ia tidak menyenangkan penjawat awam, tetapi kita lesu tidak berupaya berbuat apa-apa kerana tidak ada ketegasan dan tekad politik untuk bertindak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

BH sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang memperoleh kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan.

Difahamkan, SPRM juga sudah merakamkan keterangan beberapa saksi penting termasuk daripada agensi kerajaan serta individu dari syarikat terbabit yang sebelum ini memperoleh kontrak membekal serta menguruskan ‘fleet’ kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

Malah, SPRM sebelum ini pernah menyerbu kediaman dan syarikat ahli perniagaan berusia lingkungan 70-an itu serta merampas dokumen berkaitan kewangan bagi membantu siasatan.

Susulan itu, SPRM membekukan akaun bank seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit. BH

SPANCO hanya merugikan negara – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN

Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker