Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”
KUALA LUMPUR: Susulan kelantangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, mengkritik kepemimpinan UMNO, kini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, pula tampil menyindir beberapa pemimpin PKR dan DAP.
Mohd Puad dalam kenyataannya, mendakwa Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, sebagai ‘Kembar Raja Formula’.
Beliau berkata, ada pihak yang bersorak gembira apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, gagal mendapat pengampunan penuh.
“Kalau DAP sudah tentu Tony Pua-Ram Karpal Singh. Kalau PKR mungkin Rafizi-Hassan Karim.
“Rafizi-Tony raja formula. Formula mereka hangus. Yang bagi hangus ialah Najib. Formula mereka hanya temberang.
“Selagi Najib ada, susah jual formula baru. Mereka kena tutup kedai. Tony dan Rafizi kembar Siam formula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), tol, turun harga barang dan petrol
“Kini mereka lega kerana Najib terus dipenjara. Bolehlah temberang lagi sebagai ‘Raja Formula 2.0,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Hassan berkata, UMNO perlu membuat rombakan pemimpin baharu untuk mendapatkan undi Melayu bagi Barisan Nasional-Pakatan Harapan dan selagi ia dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, masyarakat Melayu sukar menyokong UMNO, BN atau gabungan BN-PH.
Dalam perkembangan berkaitan, Hassan menjelaskan, beliau tidak berkecil hati dengan teguran keras oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.
Sebaliknya beliau berkata, parti itu boleh memecatnya jika menganggap tindakannya bersuara sebagai satu kesalahan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hukuman Najib dikurangkan, bakal bebas pada 2028
- Kami akan kembali – Pasangan YouTuber UK
- Ini cara saya balas dendam kerana ditinggalkan tunang
- Ini cara saya mencari rezeki – Kak KM
- ‘Bersemut’ tengok Zahirah Macwilson dengan Aiman
- Rohingya ceroboh masuk rumah
- Reaksi netizen terhadap 131 tahanan lolos
- Ayob Khan berdakwah dari pentas multaqa
- Sarjan polis direman kali kedua atas dakwaan rogol mangsa lain
- Pekerja kencing di longkang, restoran mamak kotor diarah tutup kali ketiga
- Pakar sahkan ‘perubatan alternatif’ antara penyumbang kematian akibat kanser
- Pengampunan Najib, Mukhriz ‘pening’
- Kongsi keputusan peperiksaan anak, wanita dikecam netizen
- Shaiful bidas Hassan Karim
- Hubungan Muhyiddin dan Hadi ‘tidak seindah’ dahulu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET