‘Ini Klang Bandar Diraja, bukan di Colombia’ – KPN

KLANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas akan menghapuskan stigma ‘Klang seperti Bandar Colombia’ sebagaimana didakwa sesetengah pihak sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Hussain, menegaskan PDRM komited memastikan dan menentukan Klang bersih, malah tidak akan sama sekali membenarkan Klang disamakan dengan Colombia.

Justeru itu katanya, dalam usaha memadam persepsi mengaitkan Klang dengan Colombia akibat kegiatan jenayah, beberapa operasi dijalankan sejak 15 Januari lalu sehingga 1 Februari membabitkan kes dadah, penyeludupan migran dan aktiviti jenayah.



“Persepsi itu diwujudkan oleh beberapa portal bermula daripada kes ejen hartanah disamun sebelum ini.

“Datuk Seri Mohd Shuhaily (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) berbincang dengan saya dan lihat Klang ini di mana-mana portal tulis seolah-olah adalah Bandar Colombia. Beliau sebut pun sebenarnya berdasarkan apa yang ‘petik’ dalam (beberapa) portal.

“Kita hendak bersihkan bandar (Klang) ini supaya stigma dan persepsi ini hilang, bahawa ini bukan Bandar Colombia, ini Bandar Klang, Bandar Diraja..letak di minda kita.

“Kita (PDRM) akan tentukan bahawa Klang ini bersih. Insya Allah,” katanya kepada media selepas walkabout sekitar Pasar Pandamaran, di sini hari ini.



Mengulas lanjut, Razaruddin berkata, dari segi kadar jenayah, Gombak adalah yang tertinggi, diikuti Petaling Jaya dan Klang Selatan pada tahun ini.

“Tahun lalu, daerah Gombak diikuti Kajang, Petaling Jaya, dan Klang Selatan,” katanya.

Pada 30 Januari lalu, ketika sesi townhall di bangunan Persatuan Hokkein di Klang, Mohd Shuhaily dilaporkan berkata, kadar jenayah bukan sahaja meningkat di Klang, malah sedih apabila mendengar bandar ini diumpamakan seperti sebuah bandar di Colombia.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut



Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker