131 tahanan lari, 275 anggota dikerah buru tahanan

131 tahanan lari, 275 anggota dikerah buru tahanan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama beberapa agensi lain sedang giat menjalankan operasi bagi menangkap semula 130 tahanan dari 131 tahanan yang melarikan diri dari Depot Imigresen Bidor, Perak jam 9.50 malam tadi.

Ketua Pengarah JIM Datuk Ruslin Jusoh berkata, seorang lagi tahanan disahkan meninggalkan dunia akibat kemalangan jalan raya.



“Seramai 275 anggota pelbagai agensi seperti JIM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dikerahkan sejak malam tadi untuk mengesan semua tahanan itu.

“Pada pagi ini, seramai 100 anggota terdiri daripada JIM dan PGA ditambah untuk meneruskan misi pengesanan tahanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau memohon jasa baik orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan tahanan yang melarikan diri ini supaya menghubungi Bilik Gerakan Depot Imigresen Bidor di talian 05-4348736.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Balai Polis Bidor di talian 05-4342222 atau Balai Polis Tapah di talian 05-4011222 untuk tindakan lanjut,” katanya.



Terdahulu, dilaporkan 115 Rohingya dan 16 Myanmar dilaporkan melarikan diri dari depot berkenaan dengan seorang disahkan maut dalam kemalangan di KM335 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bidor. HM

131 tahanan lari, 275 anggota dikerah buru tahanan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker