Lelaki potong lengan kanan demi selamatkan diri daripada beruang

Lelaki potong lengan kanan demi selamatkan diri daripada beruang

Bangkok: Seorang lelaki warga Switzerland, terpaksa memotong lengannya dengan pisau poket selepas seekor beruang menggigitnya di Chiang Mai, Thailand, baru-baru ini.

Sukarelawan hidupan liar, Stefan Specogna menghulurkan lengan kanannya ke dalam sangkar beruang hitam untuk memberi makan kepada haiwan itu apabila ia tiba-tiba menggigit lengannya dan enggan melepaskannya, lapor media tempatan.

Lelaki berusia 32 tahun itu cuba melepaskan tangannya tetapi akhirnya terpaksa memotongnya.

Saksi bergegas memberinya pertolongan cemas sebelum membawanya dari yayasan hidupan liar di daerah Chiang Dao di utara wilayah itu ke hospital berdekatan.

Bangkok Post melaporkan, lengan lelaki itu cedera dari siku ke bawah.

Specogna kemudiannya dipindahkan ke hospital swasta di Chiang Mai untuk pembedahan selepas lengannya yang terputus ditemukan dalam keadaan koyak.

Berdasarkan laporan The Sun, seorang warga tempatan memuji tindakan Specogna yang sanggup memotong lengannya sendiri daripada menyakiti beruang itu.

Difahamkan, beruang hitam Asia berkenaan dipindahkan ke yayasan hidupan liar itu dari Taman Negara Doi Pha Daeng di Chiang Dao. HM

Lelaki potong lengan kanan demi selamatkan diri daripada beruang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker