Saya akan lawan musang berbulu ayam – Daim
Saya akan lawan musang berbulu ayam – Daim
Hartawan Daim Zainuddin menyeru orang ramai bangkit melawan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Gesaan itu dibuat selepas dia diheret ke mahkamah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta merangkumi 38 syarikat, 25 unit hartanah, tujuh kenderaan mewah, serta dua akaun dana pelaburan.
“Saya gesa kamu, rakyat Malaysia, buatlah apa yang kamu mampu untuk melindungi dan menyelamatkan negara ini.
“Jangan teragak-agak dan jangan takut untuk berdepan Anwar dan rejimnya,” katanya.
Daim, orang kepercayaan perdana menteri sebelum ini Mahathir Mohamad, juga mendakwa pentadbiran ini menyalahgunakan kuasa serta mengkhianati janji reformasi.
“Musang berbulu ayam teriak reformasi, tetapi apa yang berlaku sebaliknya,” katanya.
Dia membangkitkan bagaimana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mempunyai kes 47 pertuduhan rasuah boleh dilantik sebagai timbalan perdana menteri
Dan seperti silap mata, katanya, Zahid diberikan pembebasan tanpa pelepasan (DNAA).
“Kejujuran dan integriti serta tata kelola yang baik telah dilupakan dan SPRM, Jabatan Peguam Negara serta LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dijadikan alat untuk mengejar musuh politik.
“Adakah ini Malaysia baru yang dijanjikan?” kata Daim.
Daim menyatakan ketika negara dibayangi dengan skandal penipuan 1MDB pada 2018, dia turut tampil memberi sokongan kepada Anwar dan Pakatan Harapan (PH).
“Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai tuduhan politik terhadap saya. Saya tidak bersalah dan berharap akan mendapat keadilan di mahkamah.
“Tapi kini, kita berada dalam bayang-bayang pentadbiran yang menyalahguna kuasa, sambil mengkhianati segala janji-janji reformasi, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya lagi, akta seperti Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Akta Perhimpunan Aman digunakan dengan sewenang-wenangnya terhadap pihak yang bersuara dan mengkritik kerajaan atau Anwar.
Daim mendakwa, Anwar perlu sedar berkaitan nilai ringgit yang terus merudum, ekonomi yang stagnan serta pengabaian nasib rakyat berpunca daripada perbuatannya menekan musuh politik.
“Kini saya mungkin tidak memiliki kekuatan fizikal lagi, tetapi keyakinan saya tidak goyah.
“Saya tidak kisah tentang nasib saya sekarang, biarlah Anwar lakukan segala-galanya kepada saya, tetapi saya bimbang tentang nasib negara,” ujarnya.
Daim mengingatkan Anwar yang dianggap sahabat lamanya, dengan memetik surah An-Nur tentang azab seksaan di dunia serta di akhirat kepada orang yang menyebarkan fitnah serta dakwaan palsu.
“Kejahatan hanya akan beroleh kemenangan jika orang yang baik tidak melakukan apa-apa, Allah lebih mengetahui, dan anda tidak. Mk
Saya akan lawan musang berbulu ayam – Daim
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.