Daim hilang sebelah mata kerana jangkitan kuman

Daim hilang sebelah mata kerana jangkitan kuman

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan gagal mematuhi notis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tidak mengisytiharkan 70 aset dan satu akaun bank miliknya.

Daim, 85, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin kelihatan tenang dan hanya menjawab, “faham” dan “minta bicara” sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Beliau yang hadir dengan memakai sut hitam dan berkerusi roda, dibenarkan berada di luar kandang tertuduh sepanjang proses pertuduhan.

Daim yang memegang jawatan dari tahun 1984 hingga 1991 didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepadanya oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya dan yang lebih tinggi pada 14 November 2023, dengan tidak mengisytiharkan harta.

Kesemua harta terbabit, antaranya enam kereta termasuk Mercedes Benz, Jaguar, Austin Morris dan Rolls Royce ,38 syarikat antaranya Ibu Kota Developments Sdn Bhd, Menara Ampang Sdn Bhd dan Avillion Berhad, 25 hartanah dan tanah di bawah syarikat di Kuala Lumpur, Ampang, Raub, Pahang dan Kuala Muda Kedah serta akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya pada 13 Disember tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala Daim diwakili barisan peguam bela yang diketuai M Puravalen.

Sementara itu, Azura membenarkan Daim diikat jamin dengan wang jaminan sebanyak RM280,000 dan tidak mengenakan syarat jaminan tambahan selepas menimbangkan keadaan kesihatan beliau

Terdahulu, Wan Shaharuddin mencadangkan Daim diikat jamin di antara RM250,000 dan RM500,000 dengan seorang penjamin dan memohon beliau dikenakan syarat tambahan iaitu melaporkan diri di pejabat SPRM, Putrajaya sebulan sekali, selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Beliau juga memohon supaya mahkamah mengeluarkan nasihat supaya semua pihak tidak memberikan sebarang komen mengenai kes berkenaan selepas ini.

“Kami faham rakyat Malaysia diberi kebebasan untuk bersuara namun ada had yang perlu dipatuhi… kenyataan yang dibuat selepas kes dipertuduhkan akan memprejudiskan kes kelak.

“Ia bukan suatu perintah larangan atau ‘gag order’ tetapi lebih kepada nasihat daripada mahkamah supaya tertuduh tidak membuat ulasan sehingga kes ini selesai,” katanya.

Bagaimanapun Puravalen berkata, mahkamah tidak perlu mengenakan syarat tambahan berdasarkan keadaan kesihatan anak guamnya yang mustahil untuk menggunakan pasport bagi membuat perjalanan jauh.

“Yang Arif boleh lihat sendiri keadaannya yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda.

“Beliau adalah pesakit buah pinggang dan pernah diserang angin ahmar, malah sebelah matanya sudah dikeluarkan kerana dijangkiti kuman,” katanya.

Peguam itu turut membantah syarat tambahan supaya anak guamnya melaporkan diri ke pejabat SPRM di Putrajaya.

Bagi permohonan pendakwaan supaya semua pihak tidak mengeluarkan komen mengenai kes, Azura berkata, semua pihak cukup matang dan berharap mereka tidak memberikan komen bagi mengelakkan subjudis. BH

Daim hilang sebelah mata kerana jangkitan kuman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker