Angka PN makin susut
Angka PN makin susut
Biarpun mendapat sokongan kuat rakyat, gabungan pembangkang tetap sukar menjadi semak dan imbang secara efektif di Parlimen apabila jumlah wakil rakyatnya semakin berkurangan selepas satu persatu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata seorang penganalisis.
Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata jika suara mereka lemah, setiap dasar dibawa kerajaan mudah diluluskan walaupun tidak dipersetujui majoriti rakyat.
“Rakyat tidak masuk Parlimen, tetapi wakil rakyat. Bagaimana untuk berfungsi sebagai semak dan imbang jika semua sokong kerajaan. Dengan jumlah pembangkang yang sedikit, sukar untuk suara mereka didengar walaupun hujah mereka menepati aspirasi rakyat.
“Apa yang diperkatakan pembangkang mungkin tidak akan dilayan kerajaan, sekali gus sukar untuk menghalang sesuatu dasar tidak disukai rakyat.
“Jadi, wakil rakyat yang dipilih mewakili pembangkang harus bertanggungjawab kekal dengan parti untuk melaksanakan peranan semak dan imbang dengan baik yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari yang berkata peralihan sokongan beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada Anwar tidak akan jadi masalah jika sokongan rakyat terus meningkat.
Katanya, perkara penting dalam “politik pilihan raya” ialah sokongan rakyat ketika mengundi.
Ahli Parlimen Pasir Mas terbabit mengulas ‘syor’ veteran Umno, Shahrir Samad, agar PAS mengambil alih kepimpinan PN ekoran dakwanya kekecohan dalam gabungan itu, selepas enam Ahli Parlimen Bersatu beralih sokongan kepada Anwar.
Bagaimanapun, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia bersetuju dengan pandangan Fadhli di mana tindakan Ahli Parlimen Bersatu itu tidak semestinya membawa sokongan rakyat bersama mereka.
Katanya, ia boleh menyebabkan ‘simpati’ kepada PN meningkat.
“Namun, untuk jangka panjang, tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu itu menguntungkan Anwar dan kerajaan perpaduan apabila dengan pertambahan sokongan, kerajaan boleh meluluskan apa sahaja undang-undang tanpa banyak masalah.
“Ini termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya,” katanya. FMT
Angka PN makin susut
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin
Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf