Tipu cuti sakit sebab nak pergi bercuti, sekali terjumpa ‘boss’ dalam pesawat

SYDNEY: Seorang wanita Australia berdepan pengalaman memalukan selepas memberi alasan sakit di tempat kerja untuk bercuti namun bertemu penyelianya dalam pesawat yang sama.

Lapor NDTV, Leila Soares menyiarkan video di laman TikTok melihat pengurusnya semasa dalam penerbangan dan mula merasa terkejut dan malu.

Dalam video itu, Soares mendedahkan, dia mengambil cuti sakit, mencipta alasan berkaitan kesihatan semata-mata untuk pergi bercuti.



Video tersebut merakamkan dengan jelas saat dia menyedari pembohongan kecilnya membawa masalah.

“Mesej bos saya untuk mengambil cuti sakit hanya untuk bertemu dia dalam penerbangan yang sama,” tulisnya pada video itu.

Video itu menunjukkan penumpang keluar dari penerbangan JetStar dan memfokuskan pada seorang lelaki, yang merupakan pengurus Soares.

Wanita itu kemudian memalingkan kamera ke arah dirinya yang memakai pelitup muka, cermin mata hitam dan topi demi menyembunyikan identitinya.



Dalam ruangan komen, Soares menjelaskan majikannya tidak dapat melihatnya kerana menaiki penerbangan dari bahagian hadapan sementara dia duduk dan masuk dari pintu belakang pesawat.

Video itu mendapat populariti dalam talian yang besar, mengumpul lebih 11 juta tontonan di laman TikTok.

Bahagian komen turut dipenuhi pelbagai reaksi warga net yang turut berkongsi pengalaman serupa dan ada yang mengagak majikan Soares akan mengetahui helahnya selepas menonton video tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker