Maut selepas selamatkan tujuh mangsa kebakaran

Maut selepas selamatkan tujuh mangsa kebakaran

LABUAN: Usaha murni seorang lelaki membantu memadam kebakaran dan menyelamatkan tujuh sekeluarga jirannya berakhir tragedi, apabila dia meninggal dunia akibat sesak nafas dalam kebakaran sebuah rumah teres di Merinding Garden dekat Jalan OKK Daud di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4 17 pagi itu, Gillian Donald, 41, warga tempatan ditemui dalam keadaan tidak bermaya lalu pengsan dan diberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) namun mangsa gagal diselamatkan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim, berkata kebakaran membabitkan sebuah rumah kediaman jenis teres dua tingkat.

Katanya, pasukan polis yang menjalankan siasatan awal di tempat kejadian mendapati pihak bomba telah berjaya memadam kebakaran berkenaan.

“Siasatan lanjut juga mendapati seramai tujuh isi rumah iaitu enam wanita seorang lelaki dan tiga daripadanya kanak-kanak berjaya diselamatkan. Semua mereka masing-masing berusia empat hingga 67 tahun.

“Namun sukarelawan iaitu jiran mangsa kebakaran yang bertungkus lumus dan berjaya menyelamatkan tujuh sekeluarga mangsa kebakaran didapati meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan juga mendapati mangsa berasa letih dan tidak bermaya lalu pengsan.

“Bantuan CPR telah diberikan namun mangsa gagal diselamatkan. Pegawai perubatan mengesahkan yang mangsa meninggal dunia disyaki mengalami sesak nafas dipercayai akibat terhidu bau asap yang berlebihan.

“Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Unit Forensik hospital Nukleus Labuan untuk pemeriksaan lanju,” katanya.

Katanya lagi, tiada sebarang kecederaan ditubuh mangsa dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Hasil siasatan awal pasukan bomba, punca kebakaran dipercayai datang daripada kenderaan milik rumah yang terbakar diparkir di hadapan rumah dan seterusnya merebak ke dalam rumah.

“Semua mangsa yang diselamatkan berada dalam keadaan stabil dan dua daripadanya menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami,” katanya. BH

Maut selepas selamatkan tujuh mangsa kebakaran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker