Dulu ‘uncle’ selalu pukul-pukul ‘mummy’ – Anak sulung Bella
Dulu ‘uncle’ selalu pukul-pukul ‘mummy’ – Anak sulung Bella
Johor Bahru: Anak sulung kepada mangsa bunuh, Mira Sharmila Samsusah atau lebih dikenali Bella, 32, mendakwa wanita malang itu sering dimarah, malah dipukul teman lelaki ketika keluar bersama.
Perkara itu dimaklumkan kakak Bella, Norisham, 36, ketika ditemui media sewaktu hadir untuk menuntut jenazah Bella di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, anak sulung Bella iaitu Eusuf yang baru berusia lima tahun mengadu ibunya sering dipukul lelaki yang dipanggil ‘uncle’ semasa mereka keluar bersama-sama.
“Eusuf beritahu saya bahawa ‘uncle’ dulu selalu marah-marah ‘mummy’ (panggilan anak Bella kepada ibunya)…. dia (Eusuf ada) bertanya kenapa ‘mummy’ keluar kat TV (televisyen)?
“(Kata Eusuf) ‘mummy’ keluar dengan ‘uncle’ dan ‘uncle’ dah kena tangkap, (tetapi) kenapa ‘mummy’ tak balik?” katanya yang dipanggil umi oleh dua anak Bella.
Selain Eusuf, Arwah Bella mempunyai seorang lagi anak iaitu Maream yang berusia dua tahun.
Terdahulu, teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan menyebabkan kematian ibu tunggal itu Bella pada penghujung Disember lalu.
Bella dilaporkan hilang 14 Disember tahun lalu selepas ahli keluarganya gagal menghubunginya ketika keluar ke dobi sambil ditemani teman lelakinya dengan menaiki kereta berwarna putih sebelum dua laporan polis dibuat pada 16 dan 18 Disember tahun lalu.
Selepas 38 hari kehilangan Bella, polis akhirnya mengesan rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Jumaat lalu yang kemudian disahkan sebagai Bella.
Dalam pada itu, Norisham berkata anak sulung Bella juga ada bertanya kepadanya sama ada memaklumkan kepada pihak polis mengenai tindakan suspek yang sering memukul ibunya.
“(Eusuf tanya saya) Umi dah cakap dengan polis ke belum ‘uncle’ pukul ‘mummy’? Dulu ‘uncle’ selalu pukul-pukul ‘mummy’.
“(Teman lelaki Bella) kenal mereka (anak-anak Bella) kerana selalu keluar bersama dan (Eusuf) marah serta minta tolong (suspek) jangan pukul ‘mummy’… (Itu yang) dia (Eusuf) cerita dekat kami,” katanya.
Dalam pada itu, Norisham yang bertugas sebagai kerani di sebuah sekolah Eusuf dan Maream masing-masing masih buntu dengan ketiadaan ibu mereka, malah pihak keluarga sendiri belum reda dengan pengakhiran tragis dan mengecewakan Bella.
“Pengakhiran sangat kecewa (kerana) benda (kejadian) ni dah cakap pada hari pertama dan kedua, saya dah jangka lelaki itu (suspek) tahu sesuatu, cara dia cakap nampak menipu.
“Tapi ‘last’ ini kami dapat (pengakhiran)… tak ap sekurang-kurangnya dapat juga (tahu apa yang berlaku kepada Bella),” katanya yang mengesahkan akan menjaga dua anak Bella yang masih kecil.
Jenazah Bella dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang selepas disembahyangkan di Masjid Datuk Bentara di Batu Pahat pada hari ini. BH
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET