Nasi lemak 90 sen

Nasi lemak 90 sen

BATU PAHAT: “Nasi lemak harga 90 sen, betul ke ni?”

Itu soalan yang sering terpacul daripada hampir semua pelanggan yang datang untuk membeli sarapan di Restoran Menu Dulu Dulu di Jalan Tongkang Pecah, dekat sini.



Malah, ada pelanggan seperti tidak percaya masih ada lagi nasi lemak yang dijual di bawah harga RM1 ketika ini kerana kebiasaannya antara RM3 atau RM4 dengan set lengkap.

Pengurus restoran, Nini Yana Jafri, 42, berkata, sejak dibuka Jun tahun lalu, pelbagai promosi antara satu hingga dua bulan dilakukan bagi setiap menu pilihan.

Malah, adakalanya diberikan secara percuma untuk orang ramai merasainya sebagai tarikan ke restoran yang dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam ini.

“Untuk menu nasi lemak, kami mula jual pada harga 90 sen sejak 1 Januari lalu dan dijangka tawaran ini berakhir pada hujung Februari depan.



“Namun, sekiranya menggalakkan, menu nasi lemak yang dihidangkan bersama ikan bilis goreng, timun dan setengah biji telur serta sambal ini akan diteruskan sehingga tempoh ditetapkan pihak pengurusan restoran,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Nini Yana, sejak diperkenalkan, nasi lemak 90 sen mendapat sambutan ramai sehingga mencecah 40 set pada hari biasa dan meningkat kepada hampir 100 set ketika hujung minggu.

Hakikatnya harga nasi lemak itu adalah RM4, namun pihaknya mengambil pendekatan untuk berkongsi rezeki dengan para pelanggan yang datang bersarapan di situ.

“Untuk sarapan, selain nasi lemak, turut disediakan pelbagai menu seperti lontong dan kuih-muih sebagai pilihan.



Kami juga menyediakan menu makan tengah hari dan petang yang menawarkan pelbagai jenis masakan dengan lauk ikan baung salai dan nasi Madinah Kambing sebagai tarikan utama,” katanya. Utusan

Nasi lemak 90 sen

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena



DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker