Sarawak mahu bina enam menara di Masjid Jamek Negeri

Sarawak mahu bina enam menara di Masjid Jamek Negeri

KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang untuk membina enam buah menara di Masjid Jamek Negeri di sini, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata menara yang bakal dibina itu mirip menara di Masjid Nabawi, di Madinah, Arab Saudi.

“Kita akan kita tambah (bina) menara (di Masjid Jamek negeri) macam di Masjid Nabawi. Masjid kita ini terletak di tengah-tengah nadi (pusat) pemerintahan negeri.

“Saya bercadang untuk bina enam menara dan harganya boleh tahan (tinggi). Kita harap dengan pembinaan (menara) ini ia dapat mengangkat semangat orang Islam,” katanya semasa berucap di acara Wacana Perdana bersama Agensi-Agensi Islam Sarawak di sini pada Khamis malam.

Masjid Jamek Negeri Sarawak yang terletak di Petra Jaya, Kuching mula dibina pada 1987 dan siap pada tahun 1990, dengan kapasiti kira-kira 10,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Awani

Sarawak mahu bina enam menara di Masjid Jamek Negeri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

Lorong Haji Taib semakin bersih dan tidak semeriah dahulu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker