SPRM nafi siasat Zuki

SPRM nafi siasat Zuki

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan siasatan terhadap Ketua Setiausaha Negara Zuki Ali seperti didakwa di media sosial.

“Ia palsu, tiada perkara seperti itu,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki kepada FMT.



Pengguna media sosial di platform X yang dulunya Twitter, mendakwa sumber dari pejabat Zuki mengesahkan beliau disiasat melibatkan pelbagai isu.

Dalam hantarannya, pengguna itu menyenaraikan beberapa dakwaan tidak wajar dilakukan Zuki sehingga membawa kepada penyiasatan.

Zuki juga dituduh disiasat SPRM berkaitan beberapa kes berprofil tinggi, selain didakwa memiliki beberapa rumah dan kereta mewah, termasuk memiliki banyak hartanah.

Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin dan keluarganya sedang disiasat berkaitan pengubahan wang dan salah guna kuasa.



Minggu lalu, SPRM mengesahkan pihaknya merakam keterangan bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, berhubung siasatan dana RM700 juta diperuntukkan bagi tujuan publisiti dan promosi ketika pentadbirannya. FMT

SPRM nafi siasat Zuki

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah



Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker