Ahli Parlimen DAP ‘ditahan’ di Cyberjaya?

Ahli Parlimen DAP ‘ditahan’ di Cyberjaya?

Dua Ahli Parlimen DAP menepis dakwaan seorang pemimpin pembangkang bahawa penyokong kerajaan “ditahan” di Cyberjaya ketika perdana menteri dan Jemaah Menterinya sedang menghadiri pemukiman.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata dakwaan itu tidak berasas kerana beliau berada di Melaka.



Beliau bagaimanapun tidak terkejut pembangkang membuat dakwaan sedemikian.

“Beliau tiada bezanya daripada pemimpin Perikatan Nasional lain,” katanya kepada FMT merujuk Shafiq Abdul Halim yang merupakan ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu.

“Presiden PAS juga sering membuat dakwaan tidak berasas atau membetulkan dakwaan mengaitkan DAP kepada (bekas perdana menteri Singapura) Lee Kuan Yew dan (bekas pemimpin komunis) Chin Peng walaupun tahu ia palsu.”

Terdahulu, Shafiq membuat dakwaan itu menerusi sebuah video yang dimuat naik ke Facebook semalam.



Beliau bertanya jika langkah “menahan” Ahli Parlimen itu dilakukan kerana Perdana Menteri, Anwar Ibrahim khuatir kerajaannya akan digantikan.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan meminta Shafiq tidak mengarut.

“Saya berada di rumah, di mana saya baru menonton trailer Persona 3 Reload di YouTube,” katanya dalam catatan X, merujuk sebuah permainan video.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli daripada PKR pula tertanya-tanya sama ada Shafiq “khayal”.



Anwar dan 31 menteri sedang menghadiri pemukiman selama dua hari di Cyberview Resort & Spa.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan semalam berkata, pemukiman itu diadakan untuk Anwar memberi taklimat kepada anggota Jemaah Menterinya berhubung arah tuju dan strategi kerajaan. FMT

Ahli Parlimen DAP ‘ditahan’ di Cyberjaya?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah



Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker