3 restoran diarah tutup, najis tikus dalam stor makanan

3 restoran diarah tutup, najis tikus dalam stor makanan

GEORGE TOWN:Tiga premis makanan diarahkan tutup selepas pemeriksaan menemui najis tikus dalam stor menyimpan bahan mentah ketika Op Tegas oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

MBPP dalam kenyataan berkata arahan penutupan selama 14 hari sehingga 30 Jan ini dibuat di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991.



“Operasi disertai 11 pegawai Jabatan Pelesenan dibantu dua pegawai Jabatan Penguatkuasa serta dua pegawai Bahagian Perhubungan Awam, bertujuan memantau premis makanan di bahagian pulau, Pulau Pinang supaya menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan.

“Lima premis telah diperiksa dan tiga daripadanya diarah tutup, selepas pemeriksaan pada stor penyimpanan bahan mentah didapati berbau air kencing tikus yang seterusnya membawa kepada penemuan najis tikus,” menurut kenyataan itu.

MBPP berkata semua lima premis makanan terbabit turut diberi Notis Tentang Kesalahan (NTK) mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 Seksyen 47(1) kerana didapati tidak menyelenggara perangkap minyak.

MBPP menerusi Jabatan Pelesenan, sentiasa mengambil langkah proaktif dengan menjalankan pemantauan secara berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan semua premis makanan di bawah kendaliannya mengikut standard ditetapkan. FMT



3 restoran diarah tutup, najis tikus dalam stor makanan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton



Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario



Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker