Apa strategi TMJ?
Apa strategi TMJ?
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini mengumumkan bahawa juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut itu akan mengurangkan perbelanjaan sehingga 30 hingga 40 peratus musim ini.
Bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak mempersoalkan adakah Harimau Selatan benar-benar akan melakukan penjimatan selepas membawa masuk dua bintang import baharu bernilai tinggi, Jalil Elias dan Francisco Geraldes.
Malah, dua pemain itu kini memegang status bintang termahal Liga Malaysia yang akan beraksi pada musim 2024-2025 dengan Elias yang juga pemain kebangsaan Syria memiliki nilai pasaran €3 juta atau sekitar RM15 juta.
Sementara itu, Geraldes yang berasal dari Portugal dan lebih mesra disapa Chico pula diletakkan tanda harga RM12.7 juta oleh laman antarabangsa, transfermarkt.com.
Kehadiran mereka menyaksikan seorang lagi pemain import JDT, Jordi Amat yang memegang status pemain termahal Liga M sebelum ini jatuh di kedudukan ketiga.
Mungkin disebabkan nilai pasaran yang tinggi dua pemain itu menyebabkan sesetengah pihak mempertikai sejauh mana usaha JDT untuk mengurangkan perbelanjaan mereka untuk penstrukturan semula kewangan bagi kelangsungan jangka panjang kelab itu.
Harus diingat bahawa JDT sebelum ini sudah mengumumkan senarai beberapa bintang yang dilepaskan mereka termasuk Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez, Diogo Luis Santo dan Fernando Forestieri.
Beberapa pemain lain turut akan dipinjamkan keluar iaitu Oscar Arribas, Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Haziq Nadzli.
Malah, barisan kejurulatihan yang memacu JDT menyapu bersih semua trofi buat kali kedua berturut-turut termasuk ketua jurulatih Esteban Solari, Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr Leandro Pinero turut dilepaskan Harimau Selatan.
Justeru, ia mungkin menjadi strategi JDT dan pemiliknya, Tunku Ismail dalam melakukan penjimatan melepaskan ramai pemain yang sudah lama bersama skuad itu dan membawa masuk sebahagian pemain bermutu tinggi.
Jika melihat kepada profil pemain yang dibawa masuk, kekuatan Harimau Selatan bagi menghadapi musim baharu tampak tidak akan terjejas dan mereka juga tidak akan dianggap ‘underdog’ oleh pasukan lain.
Malah, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi satu komen di laman Instagram sebelum ini memberi bayangan bahawa terdapat lagi projek baharu yang akan dilaksanakan kelab itu.
“Selamat datang Chico. Era baharu, projek baharu. Lebih banyak lagi akan datang,” kata TMJ. BH
Apa strategi TMJ?
Baca Artikel Menarik:
- Bukan tugas pendakwa raya beritahu tuduhan difail atau gugur
- Chef Wan nafi pekerja dianiaya
- Muay Thai lebih ‘real’ berbanding silat – Johan Ghazali
- Pelancong Langkawi mengamuk ayam goreng kunyit RM20
- Biden semakin hilang sabar dengan Netanyahu
- Shiera harap kepulangan Tyzo
- Lima lelaki terkaya di dunia nikmati kekayaan berganda sejak 2020 – Oxfam
- Noh serah Musa kepada Mizz Nina
- Acah-acah cakap Melayu untuk dapat tiket harga warganegara
- Puchong Prima 3 digemparkan dengan bunyi tembakan polis dengan penjenayah [VIDEO]
- Noh jawab tuduhan culik, Mizz Nina sukar berbincang
- Tyzo disambar Suhaimi Sulaiman
- Chong Wei ‘belasah’ pemain bercuti ke luar negara menjelang Terbuka Malaysia
- Kerja bank konvensional haram?
- ‘Rasuah’ KFA: Ini pendedahan Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.