Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
Bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang mengalami kecederaan serius pada tulang belakang selepas kena “prank” di sekolah memfailkan saman terhadap kerajaan dan beberapa pihak lain.
Wan Amey Shahril Wan Ab Rahman memfailkan saman itu menerusi peguamnya, Soffian Azmir, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini kira-kira tiga bulan selepas kejadian di sebuah sekolah rendah di Shah Alam.
Pernyataan tuntutannya menamakan tiga guru, guru besar, ketua pengarah pendidikan, dan kerajaan sebagai defendan.
Ia menyatakan bahawa anaknya, Puteri Nur Atiqah, mengalami kesakitan selepas seorang murid menarik kerusinya ketika dia nak duduk.
Sekolah kemudian menghubungi ibu Atiqah, Azera Yazid, untuk memaklumkan beliau mengenai kejadian itu.
Azera meminta sekolah menghubungi ambulans untuk anaknya itu, namun permintaannya ditolak tanpa sebarang alasan yang sah, menurut pernyataan itu.
Wan Amey Shahril dan Azera kemudian pergi mendapatkan anak mereka di sekolah berkenaan dan membawanya ke Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Avisena di Shah Alam, di mana dia didiagnos mengalami kecederaan pada koksiks (displaced fracture of coccyx caused by fall on the buttock).
Atiqah, yang menghidap palsi serebrum, juga mengalami gangguan emosi (traumatic disorder) susulan kejadian itu, kata pernyataan itu.
Soffian memberitahu beliau menghantar surat tuntutan kepada defendan pada 23 Nov namun tiada maklum balas.
“Defendan (guru dan guru besar), antara lain, gagal atau enggan mengambil langkah-langkah yang munasabah dan secukupnya untuk mendapatkan rawatan bagi kanak-kanak ini selepas kejadian, dan enggan penuhi permintaan ibunya yang mahu mereka segera dapatkan rawatan untuk anaknya,” katanya.
Wan Amey Shahril mahu ganti rugi am, teruk, dan teladan. FMT
Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
Baca Artikel Menarik:
- Ada scammer dalam rumah Aman Graseka – Mas Idayu
- Awas ulat bulu laut, pengunjung pantai dinasihat berhati-hati
- Meerqeen dah berani ajak Ameera?
- Putera Mateen, Dayang Anisha nikah hari ini.
- Sanusi menghadap SPRM berkait isu rasuah RM6 juta
- Baru tingkatan 3 sudah berani samun warga asing
- Lori ubah haluan tiba-tiba, pasangan superbike cedera dilanggar [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- Komet lebih besar daripada Gunung Everest hampiri Bumi
- Najib pun tak tahu bila pengampunannya akan dibincang
- Puteri Sarah kesal Nurul Shuhada cetus gosip kahwin dengan Andi
- Daim dianiaya kerana kaya, dakwa isterinya
- Rumah Ngeh Koo Ham terbakar diserang, DAP kecam serangan ‘Molotov Cocktail’
- Pengikut IG Zahirah Macwilson bertambah, kesian Fatiya Latiff
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ketua Polis Negara: “Kalau jumlah cukup ketua parti dah menghadap Agong”