Mahathir bersuara tentang SPRM, Petronas di bawah kuasa Agong
Mahathir bersuara tentang SPRM, Petronas di bawah kuasa Agong
Titah Sultan Johor Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu SPRM dan Petronas melapor terus kepada Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diambil ringan, kata Mahathir Mohamad.
“Walaupun kuasa tersebut tidak diperuntukkan dalam perlembagaan, keinginan yang disampaikan oleh Sultan Johor itu jika menjadi kenyataan akan menimbulkan beberapa persoalan penting berkait dengan peranan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.
“Perlembagaan serta undang-undang tubuh negeri telah menggaris secara terperinci peranan, tanggungjawab serta bidang kuasa setiap raja yang memerintah negeri-negeri serta juga Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Kenyataan penuh
Sultan Ibrahim dalam wawancara bersama akhbar Singapura kelmarin mahu lebih banyak tanggungjawab diberikan kepada Agong, termasuk pemantauan terus terhadap SPRM dan Petronas, berbanding parlimen.
Berikut kenyataan penuh Mahathir yang bertajuk “Menjadi raja”:
Kenyataan Sultan Johor baru-baru ini yang dia mahu SPRM dan Petronas melapor secara langsung kepadanya serta beberapa perancangan lain apabila dia menjadi Yang di-Pertuan Agong, tidak boleh diambil ringan.
Walaupun kuasa tersebut tidak diperuntukkan dalam perlembagaan, keinginan yang disampaikan oleh Sultan Johor itu jika menjadi kenyataan akan menimbulkan beberapa persoalan penting berkait dengan peranan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan.
Perlembagaan serta undang-undang tubuh negeri telah menggaris secara terperinci peranan, tanggungjawab serta bidang kuasa setiap raja yang memerintah negeri-negeri serta juga Yang di-Pertuan Agong.
Sebelum kuasa raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong diperincikan dalam perlembagaan yang disediakan untuk Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, pihak raja-raja mudah dipaksa oleh British supaya menyerah negeri-negeri mereka kepada British dan mereka menjadi raja yang tidak ada negeri. Untuk elak dari tekanan seperti ini konsep raja berperlembagaan disyor dan diterima.
Hari ini tekanan perlu dibuat juga kepada Parlimen. Hanya jika raja dan parlimen bersetuju barulah sesuatu undang-undang atau dasar atau keputusan boleh dibuat. Agihan kuasa antara dua pihak lebih selamat dari kuasa mutlak. Mk
Mahathir bersuara tentang SPRM, Petronas di bawah kuasa Agong
Baca Artikel Menarik:
- Biodata Amir Hamzah Azizan
- Pembantu MB Selangor akan didakwa berkait hantaran tuju Yang di-Pertua Melaka
- Khaled terkejut bertukar portfolio
- Komitmen terlalu tinggi hingga terlupa nak kahwin
- Saya ditempatkan di asrama perempuan
- Angeline Tan rasa tenang di Tanah Suci
- Alif Satar dedah sebab anjur #GengSubuhMacamJumaat
- PM bukan Melayu, Polis mulakan siasatan terhadap Kit Siang
- Doktor tidak profesional diberi teguran oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak
- Ajal terkena renjatan elektrik ketika buat sarang burung layang-layang
- Akauntan disyaki dibunuh, mayat ditemui di tepi jalan
- Sokong Anwar, Rosol dakwa masih setia dengan Bersatu
- Sokongan terhadap Anwar! Murshidul Am beri peringatan tentang ‘baiah’ wakil rakyat
- Buka aib sendiri, boleh ke?
- Mimi Lana, Syafiq Kyle jadi kahwin tak?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.