Resepi quiche bayam pepperoni

Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap.
Resepi quiche bayam pepperoni

Bagi penggemar makanan berkonsepkan pastri, resipi quiche bayam peperoni ini wajib anda cuba. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap.

BAHAN DOH PAI

240 gm tepung gandum
120 gm mentega
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Air sejuk secukupnya

BAHAN ADUNAN QUICHE

  1. 500 ml susu penuh krim
  2. 20 keping pepperoni daging
  3. 3 biji telur kuning
  4. telur 1 biji
  5. 1 sudu kecil serbuk cili
  6. serbuk lada sulah 1 sudu kecil
  7. serbuk lada hitam 1 sudu kecil
  8. keju parmesan 1 sudu besar
  9. Sayur bayam – celur

CARA



1.DOH : Satukan ke semua bahan doh. Uli perlahan-lahan sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Simpan dahulu dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.

2.Canaikan doh pada loyang pai, bakar pada suhu 180⁰C selama 12 minit.

3.ADUNAN QUICHE : Satukan ke semua bahan dalam mangkuk. Kacau mesra dan sebati jangan terlalu laju, kerana akan berbuih, pastikan ianya tidak berbuih.

4.Tuang adunan ke dalam pai yang telah dibakar, masukkan bayam (pastikan tidak berair, perah sehingga kering).



5.Bakar pada suhu 180⁰C selama 8 minit. Buka ketuhar, taburkan pepperoni di permukaan quiche. Kemudian, sambung bakar selama 8 minit lagi. Siap untuk dihidangkan.

PESAN CEF :

Untuk membakar doh pai dengan cantik, pastikan gunakan pemberat seperti beras atau kekacang pada atas permukaan doh sebelum dibakar. Gunakan cling film sebagai pelapik utama sebelum anda letak kekacang atau beras.

Resepi: Chef Gunawan a.k.a Chef Obie, Kuala Lumpur



Resepi quiche bayam pepperoni


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Mini Chicken Pot Pie



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker