Spesis baru ‘CoronaVirus’ ditemui di Sarawak



Para penyelidik menemui ‘CoronaVirus’ baru di kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital di Sarawak beberapa tahun lalu dan percaya ia berada pada tahap awal ‘lompatan’ daripada hos haiwan kepada manusia.

Namun, masih belum ada bukti mengenai apakah virus itu boleh menular dari manusia kepada manusia atau adakah virus tersebut boleh menyebabkan penyakit kepada manusia.

Para penyelidik berpendapat bahawa lebih banyak kajian diperlukan.

“Jika disahkan sebagai patogen, ini mungkin merupakan koronavirus unik kelapan yang diketahui menyebabkan penyakit pada manusia.

“Penemuan kami menekankan ancaman kesihatan awam dari koronavirus haiwan dan perlunya melakukan pengawasan yang lebih baik bagi mereka,” tulis penulis dalam makalah yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases semalam.




Tujuh koronavirus yang diketahui menyebabkan penyakit pada manusia adalah empat yang menyebabkan selesema biasa dan yang menyebabkan SARS dan MERS, dan virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan wabak Covid-19 sekarang.

Kajian ini melibatkan penyelidik yang berpangkalan di Ohio State University , Duke University, Akademi Sains Perubatan Cina, Hospital Sibu dan Universiti Segi.

Kejayaan besar bersihkan nama saya – Najib

Ia dibangunkan daripada usaha awal kumpulan itu untuk merancang ujian baru yang bertujuan mengesan semua virus koronavirus termasuk yang belum ditemui.

Semasa menguji sampel calitan yang dikumpulkan daripada 301 pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat radang paru-paru di Hospital Sibu dari 2017 hingga 2018, lapan orang kembali positif koronavirus anjing.

Mereka kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak. Selain seorang pesakit berumur 37 tahun, usia mereka yang lain adalah antara 5½ bulan hingga 4½ tahun. Mereka tinggal di Sibu, Bintulu, Daro dan Julau, serta sembuh setelah enam hari dimasukkan ke hospital.




Untuk kajian terbaru ini, kumpulan ini berjaya mengembangkan salah satu daripada lapan spesimen di makmal dan mengumpulkan koronavirus yang mencukupi untuk menjalani penjujukan genom.

Mereka mendapati genom virus baru ini sangat sesuai dengan koronavirus yang sebelumnya diketahui menjangkiti anjing tetapi bukan manusia, namun bahagian tertentu nampaknya telah mengalami penggabungan semula dengan koronavirus lain – yang biasanya menjangkiti kucing dan babi.

Mereka menamakannya sebagai koronavirus baru CCoV-HuPn-2018 (Canine Coronavirus-Human Pneumonia-2018).

‘Total Lockdown’, nyawa mendahului ekonomi

Koronavirus anjing

Menurut laporan kajian oleh penyiar NPR yang berpusat di AS, ini bermaksud virus ini mungkin menjangkiti kucing dan babi pada suatu ketika tetapi kemudian melompat langsung dari anjing kepada manusia.




Satu mutasi pada CCoV-HuPn-2018 menimbulkan kebimbangan kerana tidak dijumpai pada koronavirus anjing tetapi terdapat pada virus yang menjangkiti manusia.

“Ini mutasi yang sangat mirip dengan yang pernah dijumpai pada koronavirus SARS dan dalam [versi] SARS-CoV-2 … [yang muncul] tidak lama selepas pengenalannya ke dalam populasi manusia,” kata penulis utama kajian, Anastasia Vlastova yang dipetik sebagai berkata.

Laporan NPR mengatakan dia percaya ini membantu virus anjing menjangkiti atau bertahan kepada manusia, dan mungkin merupakan langkah utama untuk virus berkenaan menyerang manusia.

Laporan itu mengatakan mereka melihat virus itu berada pada tahap awal perjalanannya kepada manusia,  sementara berusaha untuk mengetahui bagaimana ia boleh menjangkiti manusia dengan berkesan.

Namun, makalah penyelidikan ini juga mengingatkan bahawa mereka belum membuktikan bahawa virus tersebut boleh menyebabkan penyakit kepada manusia, walaupun ditemui kepada pesakit yang dirawat di hospital akibat  radang paru-paru.




Mereka menulis bahawa ada kemungkinan koronavirus anjing hanya “dibawa” melalui saluran udara tanpa menyebabkan penyakit.

Virus lain juga ditemui pada semua kecuali satu daripada lapan spesimen yang diuji positif untuk koronavirus anjing seperti adenovirus, virus influenza dan rhinovirus.

Tahniah Najib, terus berjuang – Nik Abduh


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

 


Menjauhi dedak dan kleptokrasi

 

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.