Man Siam tikam rakan sudah diberkas polis

Suspek yang dipercayai menikam seorang lelaki kerana berang mangsa terpijak kepalanya ketika tidur malam tadi, sudah ditahan pihak berkuasa ketika dia bersembunyi dalam semak di Kampung Che Arus, Kok Lanas.

Suspek yang dikenali sebagai Man Siam, 20-an ditahan sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata suspek dikesan tidak jauh dari lokasi kejadian dan ditahan ketika bersembunyi dalam semak.

“Kami juga sedang mengesan senjata yang digunakan suspek iaitu sebilah golok kecil. Permohonan reman akan dibuat nanti untuk menjalankan siasatan terhadap lelaki warga negara Thailand itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anggota polis menunjukkan lokasi mangsa yang maut selepas ditikam di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Anggota polis menunjukkan lokasi mangsa yang maut selepas ditikam di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

 

Lokasi mangsa yang maut ditikam oleh penjaga reban ayam di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Lokasi mangsa yang maut ditikam oleh penjaga reban ayam di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Terdahulu, seorang lelaki ditikam oleh suspek berhampiran reban ayam di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas, di sini, dipercayai berang kerana mangsa terpijak kepalanya ketika sedang tidur.

Dalam kejadian jam 11.46 malam tadi, mangsa Mohd Dailami Ashaari, 38, maut akibat empat tikaman di dada dengan menggunakan golok kecil.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

 

Lokasi mangsa yang maut ditikam oleh penjaga reban ayam di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Lokasi mangsa yang maut ditikam oleh penjaga reban ayam di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Lelaki maut ditikam selepas terpijak kepala penjaga ayam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker