Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

Jenama terkenal Pak Mat Western dikecam oleh seorang pengguna media sosial yang mendakwa telah dilayan dengan teruk oleh pekerja restoran tersebut.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial TikTok, seorang pengguna dengan nama @akumemehati menyimpulkan layanan yang beliau terima di restoran Pak Mat Western adalah ‘sampah’.



Beliau turut menyelar tindakan beberapa pekerja Restoran Pak Mat Western yang bersikap seperti acuh tak acuh dengan para pelanggan.

“Layanan pakmat western sampah. Marketing je gempak. Customer tanya soalan diorang balas nak tak nak dgn bagi jawapan sarcastic gila,” katanya dalam video yang kini sudah mencecah 1 juta tontonan.

Beliau turut menceritakan kejadian di mana beliau menegur pekerja Restoran Pak Mat Western yang tersalah hantar air.

“Hari tu nak di jadikan cerita diaorang salah bagi air, aku pergi lah tegur, siap aku bangun sendiri lagi dari meja pergi tegur kat tempat diorang masak tu.



“Sebab diorang busy. Lepastu diorang balas “eh sini bukan tempat buat air, sini tempat makanan”. Lahhh, mana lah aku tahu. First time datang situ.

“Dengan dia bagi face expression menyampah. Datang balik tak cakap maaf ke apa ke sebab diorang salah bagi air. Macam kita pulak yang salah.

“Tak suka bila first time pergi kedai makan, diorang balas macam kita ni tahu tempat diorang. Siap marah sebab tak tahu prosedure kat situ macam mana. Kitaorg ni nak support org melayu buat business. Tapi tu lah,” katanya.

Video tersebut mendapat tontonan meluas dengan kebanyakan komen turut menceritakan hal yang sama.



Kebanyakan netizen mengharapkan agar layanan pekerja Pak Mat Western setimpal dengan gaya pemasarannya yang selalu berjaya menarik minat orang.

Selain itu, mereka juga berharap agar servis yang ditawarkan juga dapat ditingkatkan agar tiada lagi insiden sama yang berulang. Vc

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini



Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker