Jual surat rentas negeri MITI palsu, 4 remaja diberkas

Jual surat rentas negeri MITI palsu, 4 remaja diberkas. Empat remaja dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan dan pemalsuan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan surat akuan majikan bagi tujuan merentas negeri ditahan di sekitar bandar raya ini, 5 Ogos lepas.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua lelaki dan dua wanita berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Johor dibantu JSJK Bukit Aman, sekitar pukul 8.30 malam sehingga 10.30 malam.

Katanya, sindiket itu dipercayai beroperasi sejak Mac tahun ini dan dianggarkan sebanyak 250 dokumen palsu telah dijual ke seluruh Semenanjung Malaysia dengan keuntungan sebanyak RM37,500.

“Modus operandi mereka adalah dengan mengiklankan perkhidmatan di media sosial termasuk Instagram, Facebook dan WeChat dengan menjual surat itu pada harga RM150. Empat individu ini menerima komisen sebanyak RM50 hingga RM100 setiap seorang bagi setiap dokumen yang dijual,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata, sindiket itu juga pada masa sama didapati menggunakan kod respons pantas atau Kod QR yang boleh diimbas di surat palsu berkenaan yang sekali gus menyukarkan pihak polis di sekatan jalan raya (SJR) untuk mengesan.

“Namun kami dapati bahawa penama yang membawa surat ini di SJR bukan pekerja syarikat seperti yang tertera di surat palsu itu. Mungkin ada penglibatan orang dalam jadi kami akan siasat,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau pihaknya kini sedang mengesan seorang lelaki berusia 21 tahun, dipercayai dalang sindiket itu dikenali sebagai Nicholas Chai Jia Han, yang beralamat di No 49 Jalan Bukit Kontang, Taman Ria, Tangkak.

“Individu ini dikehendaki mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sebarang maklumat orang ramai diminta menghubungi ASP Timmy Anak Aheng di talian 019-7773728 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Sementara itu, mengenai kes berlainan, Ayob Khan berkata, tiga lelaki tempatan berusia 27 hingga 47 tahun disyaki terlibat sindiket pinjaman ah long yang beroperasi sejak 2019 dengan menyasarkan peniaga kecil ditahan di sekitar bandar raya ini pada 18 Ogos lalu.

“Setakat ini 80 peminjam berulang telah dikesan dengan jumlah pinjaman berjumlah RM1.5 juta,” katanya yang menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Dalam serbuan berasingan pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun pada 17 Ogos lalu kerana dipercayai terlibat kegiatan khianat dengan menyimbah cat ke rumah peminjam di sekitar Batu Pahat dan Segamat.

Individu terbabit melakukan khianat melibatkan empat buah rumah setakat ini dengan menerima upah RM350 bagi setiap rumah yang disimbah cat dan kes disiasat mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Jual surat rentas negeri MITI palsu, 4 remaja diberkas


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker