Lelaki maut ditikam selepas terpijak kepala penjaga ayam

KOTA BHARU: Berang selepas kepalanya dipijak ketika sedang tidur, seorang penjaga ayam menikam seorang lelaki sehingga mati dalam kejadian di Kampung Che Arus, Bukit Merbau, Kok Lanas.

Dalam kejadian 11.46 malam tadi, suspek warga Thailand berusia 20-an dikenali sebagai “Man Siam” melarikan diri selepas menikam mangsa yang berusia 38 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Abdul Rahim Daud, berkata sebelum kejadian, mangsa bersama bapa sepupunya ke rumah seorang ahli keluarga mereka di lokasi kejadian.

Katanya, suspek tinggal di reban ayam belakang rumah kerana bekerja sebagai penjaga ayam ternakan milik ahli keluarga mereka itu sejak awal tahun ini.

“Tidak lama kemudian, suspek datang ke rumah dan memberitahu dua lelaki terbabit bahawa dia sudah menikam mangsa menggunakan pisau atau golok kecil bersarung,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Rahim berkata, mangsa dibawa ke Hospital Machang dan disahkan meninggal dunia.

“Polis giat mengesan ‘Man Siam’ yang melarikan diri dan meminta kerjasama orang ramai supaya menyalurkan maklumat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh,” katanya-FMT

Polis sahkan bayi 9 bulan diliwat, dibunuh suami pengasuh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker