Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan
Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan
PETALING JAYA: Sudah tiba masanya iklan jawatan kosong bagi penempatan guru dikendalikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), kata seorang pakar pendidikan, selepas pendedahan seorang guru “duka lara” yang diceraikan suaminya kerana gagal menukar tempat kerja selepas 12 tahun berjauhan.
Anuar Ahmad berkata isu kesejahteraan guru sudah berlarutan sejak 1970-an, dan Kementerian Pendidikan (KPM) seharusnya cakna dengan masalah dihadapi profesion guru dengan tidak lagi menempatkan mereka secara paksa.
Setiausaha Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara itu berpandangan iklan jawatan kosong guru perlu disertakan dengan lokasi sekolah yang mempunyai kekosongan, dan memberi kelonggaran kepada calon untuk memilih penempatan masing-masing.
Beliau berpendapat hanya surat pelantikan sahaja wajar dipusatkan.
“Bukankah lebih baik dinyatakan terus nama sekolah dalam iklan jawatan kekosongan guru? Dari awal libatkan urusan iklan dan penempatan guru pada Pejabat Pendidikan Daerah dengan garis panduan ketat dan jelas dari KPM dan dipantau oleh JPN,” katanya sambil menambah panel temuduga pula dipengerusikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
Baca Artikel Menarik:
“Jadi, tiada lagi amalan penempatan ‘dipaksa’ seperti sekarang. Biar calon guru buat keputusan sama ada nak mohon atau tidak?
“Bila sudah mohon dan berjaya, mereka tahu mereka akan berkhidmat di sekolah tersebut. Tiada lagi istilah ‘mohon pindah’. Tiada lagi istilah ‘guru duka lara’,” katanya.
Baru-baru ini, tular luahan sekumpulan guru wanita dan lelaki “duka lara” dalam kumpulan Facebook dikenali ‘e-Gtukar Pertukaran Guru – Oh e-Gtukar!’.
Masing-masing berkongsi masalah peribadi yang dihadapi mereka selepas gagal berkali-kali dalam permohonan pertukaran termasuk pasangan mempunyai hubungan sulit, dan diceraikan suami.
Anuar berkata guru “duka lara” akan menjejaskan kualiti pengajaran, dan akhirnya memberi kesan kepada murid-murid.
Baca Artikel Menarik:
Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia
“Guru yang sedang duka lara memang tidak gembira. Ini akan menjejaskan kualiti pengajaran. Mereka sudah separuh hati untuk mengajar. Akhirnya murid-murid yang menjadi mangsa,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan elaun perkhidmatan guru dinaikkan di daerah yang rendah permohonan, serta kuarters guru bagi menarik minat calon guru untuk memohon.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Rita Rudaini ugut dedahkan wajah ‘guru toksik’
- Pekerja maut kepala tersepit lif, majikan berdepan tindakan
- Ratusan pegawai Kastam dipindahkan secara paksa – KPKSM
- Ramai akan keluar dari JDT – TMJ
- Ingat kubur, Padang Mahsyar – Ayob Khan
- Remaja parah disimbah asid ketika pulang kerja
- Pemimpin UMNO kecam cadangan Ngeh
- Ngeh jangan main api – Asyraf
- ‘TikToker’ tayang beli kereta sorong bayi RM36,000
- Askar Zionis diserang ‘kulat pembunuh’
- Cik Kiah ular sawa batik 220kg paling besar di Asia sudah tiada [VIDEO]
- JDT, Solari kini berpisah sudah
- Yazmin Aziz buktikan pencapaian walau diganggu kontroversi
- Aku dah tak peduli syaitan – Nonny Nadirah
- Patimah sedih Syamsul tak bersama keluarga bercuti
- Hadap banjir termenung pula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan
You must be logged in to post a comment.