‘Banjir di RPS Kuala Betis hampir seperti banjir kuning 2014’

GUA MUSANG: “Kami sangat risau kerana masih trauma dengan bencana banjir pada 2014 apabila rumah tenggelam dan ada yang hanyut akibat banjir besar,” kata Eddry Charlie, 38, penduduk Orang Asli di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis.

Beliau berkata, kejadian banjir yang berlaku di penempatan Orang Asli suku kaum Temiar semalam adalah yang terburuk selepas banjir besar 2014 lalu.

Katanya, hujan yang masih berlarutan membimbangkan lebih 3,000 penduduk di RPS Kuala Betis sekiranya kejadian ‘banjir kuning’ mungkin berulang.

“Semalam air naik sangat cepat membuatkan kami bimbang dan sentiasa berwaspada, malah beberapa kampung di kawasan ini sudah terputus hubungan sehingga terpaksa menggunakan perahu untuk mengambil makanan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya terkejut apabila Sungai Betis naik dengan cepat sehingga menutupi jambatan besi yang menghubungkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis dan kampung pedalaman tenggelam. Keadaan yang berlaku semalam sama seperti banjir besar sembilan tahun lalu apabila penduduk kampung pedalaman terkandas selepas jalan perhubungan rosak dan berlaku tanah runtuh,” katanya ketika ditemui di RPS Kuala Betis hari ini.

Bagi Alang Angah, 50, dia bersama penduduk lain sudah memindahkan dan menyimpan barang ke kawasan yang lebih tinggi.

Katanya, ramai masyarakat Orang Asli sudah berpindah ke bangsal yang dibina di atas bukit.

“Kami bina bangsal ini kerana tahu pasti ada penduduk yang tidak sempat ke PPS, banjir kali ini seperti tahun 2014 apabila air sungai naik dengan cepat sehingga menjejaskan jalan perhubungan dan tanaman kami,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, lebih 10,000 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di beberapa pos di daerah ini terputus hubungan apabila jalan perhubungan menuju ke penempatan mereka mula dinaiki air dan berlaku tanah runtuh.

Antara pos terbabit adalah penduduk di sekitar Rancangan Penempatan semula (RPS) Kuala Betis, Pos Balar, Pos Bihai, Pos Belatim, Pos Gob dan Pos Tohoi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton

CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan

Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker