Tindakan Tony Pua kritik Kerajaan Anwar dapat pembelaan Puad Zarkashi
KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua ditempelak apabila mencadangkan kerajaan menyediakan penerbangan percuma kepada rakyat Malaysia ke Singapura, berbanding melaksanakan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) menghubungkan dua negara yang didakwa tidak mempunyai nilai kewangan kepada Malaysia.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata HSR akan memberi manfaat kepada semua pengguna dan tidak menggunakan dana kerajaan kerana ia adalah inisiatif daripada pihak swasta.
“Tony Pua gagal menilai HSR dari aspek limpahan. HSR adalah ‘game changer’ yang akan membangun kawasan sekitar stesen HSR nanti. Manfaat ekonomi amat besar.
“Kenapa Tony Pua tidak mengkritik projek terowong dasar laut Pulau Pinang. Apakah ia prioriti? Pulau Pinang sudah ada dua jambatan.
“Mujur Tony Pua tiada lagi jawatan dalam kerajaan. Dia makin tersisih dalam politik DAP. Dia ‘punahsihat’,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.
Semalam, Tony dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan mampu melaksanakan perkara berkenaan berbanding melaksanakan semula projek mega dianggar membabitkan kira-kira RM80 bilion termasuk untuk pengambilan tanah tanpa mengira nilai faedah.
Katanya, penerbangan Kuala Lumpur-Singapura Changi adalah laluan udara paling sibuk di dunia.
“Ia membabitkan 4.9 juta tempat duduk. Mengandaikan lebih kurang RM400 (nilai) bagi satu kerusi, ia akan membabitkan kurang RM2 bilion nilai tiket penerbangan setahun,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit
- Syasya Dolla dipukul kekasih?
- Yusof dibenarkan saya tayang badan – Zizi Kirana
- Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan
- Kronologi kes Muhammad Zaharif dilanggar mati berhampiran sekolah
- Mahkamah jadi tumpuan, DSP Nazri didakwa membunuh pelajar sekolah [VIDEO]
- Peniaga gazebo rupanya penyamun kedai emas
- Wanita bogel sembunyi dalam tangki air
- Kes DSP dituduh bunuh Zaharif, petugas media kecewa sekatan buat liputan
- Jangan buat provokasi, Pemuda UMNO beritahu DAP
- Dakwaan Muhyiddin berhubung PM Melayu disanggah
- KL hanya diwakili Cina, khususnya DAP jika ada pilihan raya PBT
- Pilihan raya PBT, ini fakta yang perlu anda tahu
- UMNO tentang habis-habisan cadangan pilihanraya PBT oleh DAP
- Rafizi buat pusingan U, cabaran debat hanya jadi soal jawab podcast
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh
CEO Starbucks merungut apa tu?
You must be logged in to post a comment.